KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 4 Julai 2012

Ini yang terakhir

Hina sangatkah aku ?
Mencari kau disaat aku susah
Dan membiarkan kau disaat aku senang

Apakah yang kau fikir ?
Tidak terlintas sedikit pun untuk buat kau begitu
Kata - kata kau
Ayat kau
Percakapan kau
Buat aku rasa tidak bermaruah
Kerana itu aku tidak mahu lagi

Apa aku rasa ?
Aku sendiri mendapat pelbagai cemuhan
Kata - kata tidak senang
Sebab kau alim dan aku jahil
Sebab kau baik dan aku jahat
Oleh itu tiada siapa mempedulikan perasaan aku
Semua menyalahkan aku
Aku tidak punya sesiapa
Dan aku takkan cari kau lagi

Aku berdiam
Kau anggap aku bahagia
Aku bercakap
Kau anggap aku membesarkan hal
Aku menjauhkan diri
Kau anggap aku tidak memerlukan kau
Aku menyapa
Kau anggap aku kesusahan

Kalau itu la anggapan kau, kau silap dalam membuat perhitungan
Kau telah hilang sesuatu ..
Kau telah hilang untuk selamanya ..

Cukup la rasa sakit yang kau beri
Biar aku tanggung seorang diri
Aku tak perlukan kau lagi
Aku takkan cari kau lagi
Aku anggap kau kenangan terindah aku
Aku anggap kau mematangkan aku untuk lain hari
Aku anggap kau sesuatu yang berharga untukku pelajari

Cukup la !


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

1 ulasan:

solehah berkata...

beratnya bila baca tulisan kau. sangat sedih. harap kau tabah.

time heals everything.