KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 9 November 2011

Pakcik ! Tolong belajar untuk hormat orang lain . . hmm

Assalamualaikum . . hello there !

Sebelum aku melabuhkan tirai hari yang memenatkan . . aku nak share kat korang satu perasaan yang sangat menyedihkan . . ketika tu, aku memang rasa nak menangis . . dalam hati aku tertanya - tanya ;

"Eh ? kenapa orang tua ni bersikap camni ?!"

Ini satu situasi yang agak menyedihkan bagi aku . . lebih lagi, aku berpuasa . . ada sebuah restoran ni, agak femes kat office aku . . femes dengan sikap pemilik dan pelayan yang selalu ambil mudah dengan kehendak pelanggan . . disebabkan aku ni ikut member, malas nak merunggut setiap kali dorang makan kat situ . . since environment kat situ pun agak tenang . . hmm boleh la . .

Apa yang buat aku sedih . . bila aku minta dengan cara baik . .

"Bang . . boleh tukar channel tak ? Saya nak dengar azan . . saya puasa hari ni . ."

20 minit kemudian

Masih belum tukar channel lagi . . T___T

Dari tadi, aku diam je sambil perhatikan sikap pakcik - pakcik (mungkin kekawan pemilik kedai ataupun pelanggan tetap yang duduk nak minum air je TAK MAKAN) yang kurang ajar . . bila kitorang buat permintaan untuk kali ke - 4 dapat jawapan ;

"REMOTE ROSAK LA DIK. ."

Aku terus bersabar . . tapi memang rasa nak menangis . . sambil curi dengar perbualan dorang . .

"Buat bodoh je . . dorang nak tengok tv la tu . ."

"Dorang bukan puasa pun . . buat tak tahu je . ."

Tapi

Entah apa hidayah yang salah seorang dapat . .

"Eh, dia betul - betul puasa la. Tengok tu, air pun tak minum lagi . . tukar channel la . ."

(time ni, channel 411 I think . . tengah play scene beromen ! biasa la citer omputih)

So, salah sorang yang kurang ajar tadi bangun pergi tukar channel . . boleh pulak ?! . . terus berkumandang azan maghrib . . sayu tak sayu hati aku ? Kalau tadi, tak tukar channel . . time maghrib dosa dok datang kat aku . . sebab berharap sangat dorang tukar channel . . hmm

Sedih lagi . . Pukul7.10 baru makanan sampai . . aku sampai kat kedai tu Pukul6.30 camtu . . mana aku nak makan lagi . . kejar solat lagi . . rushing gila aku tadi . . bila dorang tengok kitorang dah push dorang baru la nak laju sikit kerja tu . . hmm

Kalau tak kerana semua kedai dah tutup . . aku takkan makan kat situ . . ! Dah la cekik darah . . tak sopan pulak tu . . hmm

Aku tak kisah la apa dorang nak cakap . . nak buat . . kubur masing - masing . . tapi, sebagai orang tua . . yang dah memang kubur kata mari . . tolong la respect sikit aku yang berpuasa ni . . bukannya aku minta amalan dorang pun . . hmm kecewa !

Memang terduga sangat aku hari ni . . alhamdulillah . . aku berjaya kawal kemarahan, cuma rasa kecewa je tak dapat dibendung . .


pssst : restoran ni pilihan TERAKHIR aku . .

| Maafkan saya budak baru belajar . . |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

1 ulasan:

cerita best berkata...

NICE BLOG....pakjoe nk bg tau nie pakjoe ada byk lg tip blog yg nk bg kt tuan blog jemput siggah ke laman blpg pakjoe jgn lpa tau sbb pakjoe dh follow...follow pakjoe blk tau hahaaha