KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 20 Oktober 2011

Masih diparas normal | PUTUS

Assalamualaikum . . hello there !

Sejujurnya, aku seorang yang kurang sifat yakin diri dan lemah daripada segi mental dan fizikal. Punca aku duduk terperap disatu sudut tanpa menantikan sesiapa pun. Punca aku tak berjaya meluahkan penulisan yang baik kerana takut tiada yang membaca. Punca aku tak suka berbicara kerana bimbang tiada siapa yang faham. Punca aku lambat mengenali orang baru dalam hidup aku kerana takut tidak mahu dikenali.

Itu aku.

Aku.

Sering menyimpan rasa sehingga makan diri. Cuba untuk berubah tetapi tidak mempunyai bimbingan. Mencuba sesuatu yang baru dengan yakin diri paling rendah. 

Ya ! aku la tu.

Hari tu, masih ingat lagi dia bagi text putus (langsung) aku terdiam seribu bahasa. Tak terkata. Tak terluah. Paling teruk. Rasa sakit, sebak, derita tetapi airmata tak mengalir. Biarpun dia text berkali - kali. Itu ini. Aku tidak membalas walaupun satu. Biarkan hati sakit sendiri. Sembuh sendiri. Namun, ada satu perasaan mengatakan dia akan kembali.

Bila dia kembali, aku tak tahu apa yang tak kena tapi aku tahu itu bukan petanda yang baik. Aku tidak mahu membuat perjelasan berulang kali sedangkan aku seorang yang tidak bijak berkata - kata. Sembur sana sini akhirnya aku yang salah. Baik mendiamkan diri tapi dalam hati . . SAYANG TAK TERHINGGA . .

Tahu, kini dia milik orang lain . . selepas DUA MINGGU BERPISAH . . padahal aku dah jangka . . biarpun dia kata dia hanya ada aku . . biarpun aku terluka sedikit sewaktu terlihat gambar wanita lain dalam simpanan dia . . text . . eh-aku sangat terluka . . tapi, aku tidak membiar dia melihat kerana aku mengenali dia . . aku mahu dia gembira . . namun, aku tahu aku bukan orang yang selayaknya untuk membahagiakan dia . . AKU TERLUKA . .

Mencintainya selama 5 TAHUN, memilikinya selama 10 BULAN, kehilangannya SEUMUR HIDUP . . AKU SAKIT . . - ini paling sakit -

Mereka kata, aku masih diparas normal apabila mampu tersenyum. Makan dengan selera. Tidur lena. Mandi masih basah.

Sedangkan, aku terluka teruk. Peluru itu tepat mengenai paras dada. Memusnahkan sekeping hati yang tulus ikhlas menyayangi. Ya ! Betul la katanya, semua berpunca daripada aku. Biarpun aku tertanya - tanya, salah ke patah perkataan aku malam itu ?? Ada ke yang dia tak faham ?? Atau ini memang yang dia mahu ?? Bosan barang kali ??

Cinta ini menyakitkan aku . .

Luarannya, aku nampak gagah. Bergurau senda. Ketawa terbahak - bahak. Menari-nari. Berlari gembira. 

Sebenarnya, aku sedang menderita. Sakit. Demam.

YA ! aku la tu.

Aku sedang putus cinta !

Maaf kerana bagi korang baca entry yang kusut dan entah apa-apa . . | END |



somehow I love you . . I never can say it rightly . . GudBye lover . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

3 ulasan:

Aleen Aiden berkata...

kau dengan aku hampir tiada beza.kerana method kita sama.dluar nampak keras,d dalamnya unexpected,lembut.mcm aiskrim kon.

bagi aku yg melalui sakit yg begitu,perasaan aku bundar seiring masa. :)

Haikal Blank berkata...

adehh, memang sakit. gua sekali je pernah bercinta, lepas tu givap.

(padahal buruk tak ada orang nak)

HAHAHA :P

Addin berkata...

sabar ye , addin faham susah sangat. bila kamu dah lama mengenali dia. um doa banyak banyak. untuk kamu dan kebahagiaan dia. amin