KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Khamis, 19 Mei 2011

Aku Ingin Berubah

Assalamualikum . . hello there !

Aku dapat pelawaan daripada Nadh untuk join satu contest yang dianjurkan oleh Laman Muslimah Optimis . . aku berfikir agak panjang untuk join contest ni sebab aku tak tahu apa yang perlu aku tulis . . dalam hidup aku yang serba kekurangan ni . . banyak yang ingin aku ubah . .

Dalam hidup aku, keluarga sangat penting . . ibu dan ayah . . sis . . kak safa . . bro kadet . . sahabat aku (biarpun dia tak tahu) . . hurmm . . mereka semua ibarat nyawa aku . . kekuatan aku . . lagi - lagi, aku ni seorang yang sangat lemah . . mahupun dari segi kekuatan mental, fizikal . . kesihatan . . serba serbi kurang . . meskipun aku kuat ! tapi sebenarnya, aku sangat lemah . .

Aku ingin berubah . .

Aku nak dapat kerja lebih baik . . bukan bermaksud tak bersyukur dengan apa yang ada tapi . . setiap kali gaji masuk, aku bukanlah orang yang paling gembira . . gaji aku cukup - cukup je untuk bayar kereta dan ASB . . kekadang tu . . ada lebih dalam beberapa puluh je . . selepas tolak duit lain - lain . . kalau ada lebih, dapat la ibu merasa duit aku . . walaupun dah bekerja, ayah masih belikan aku baju kurung baru . . mungkin dia asyik tengok aku pakai baju lama je . . yelah, apa je yang ada dengan gaji sekarang ni . .

Aku nak berubah sebelum ayah pencen tahun depan . . aku taknak ayah bekerja lagi . . memandangkan kerjaya aku sekarang ni . . memang tak cukup nak menampung keluarga . . aku nak belanja ibu selalu . . dia nak macam - macam tapi . . aku hanya mampu belikan yang murah - murah je . . kekadang tu, aku tak mampu langsung dan bergurau . . "kedai tu dah terbakar la ibu . ." . . padahal, jauh disudut hati aku . . rasa kecewa yang teramat sangat . .

Aku nak beri ayah duit . . dah banyak kali ayah cakap dia nak bukak kedai . . aku tahu, ayah banyak fikir macamana hidup dia lepas pencen nanti . . ayah tak berhenti fikir walaupun dah berkali aku suruh berhenti fikir . . ayah, ayong tengah fikir la ni . . nanti . . ayong cari duit ye . . ayah buka la bisnes ayah tu . . sabar ye . . jangan la fikir banyak sangat . .

Aku bukan taknak kawin muda, tapi aku nak tengok ayah dengan ibu gembira dulu . . aku nak dorang puas merasa duit gaji aku . . aku taknak guna duit dorang untuk majlis perkahwinan aku nanti . . aku juga nak . . bila aku tinggalkan dorang nanti . . dorang tak hidup susah macamana dorang susah sekarang nih . .

Aku ingin berubah . .

Aku nak cepat sihat . . aku nak dapat berlari jauh - jauh . . kuat - kuat . . aku taknak berjalan je . . jalan sikit dah semput ! aku tak tahu apa yang tak kena . . tapi, aku takut kalau aku sakit teruk . . aku tak mahu asyik demam panjang . . mesti ayah dan ibu akan risau . . aku taknak dorang kusut . . aku tahu aku kaki dorang . . kalau lah suatu hari nanti aku takde, patah la kaki dorang . . aku tak mahu jadi lemah . . aku nak makan nasi . . aku nak jadi kuat !

Hmmm . . aku join contest ni bukan untuk menang . . aku cuma nak kongsi dengan korang . . aku bukan la anak yang boleh dibanggakan . . terlalu banyak perkara yang aku dah buat ibu dan ayah menangis, kecewa . . sampai aku tak tahu macamana nak betulkan semuanya . .

Maafkan ayong . . ibu . . ayah . .


untuk join sama klik picture bawah . .


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

4 ulasan:

fRaMe+LenSeS berkata...

huu.. tacing Nadh baca kisah ni.. T.T Nadh doakan kamu doakan kamu berjaya laksanakan impian kamu tu.. ALLAH pasti redha kalau kita tak pernah lupa pada DIA, jalan DIA akan buka .. insyALLAH.. usahalah ye.. Nadh cuma mampu berdoa.. :D all the best tau. :D Nadh yakin Ayah n Mak bangga ada anak cam kamu.. :D

Unknown berkata...

insyaAllah . . tanks nadh . . sy ni bkn la ap sgt . . :)

aindzaya berkata...

serius tacing la...
banyak saingan yg juin contest nie...
hope ramai lagi yg nak juin sebelun tarikh tamat =)

Muslimah Optimis berkata...

insyaAllah atikah mampu bahagiakan ibu dan ayah atikah nanti.. jika niat kita ikhlas pasti Allah akan permudahkan cara.. ameen

terima kasih sudi join.. sebarang update terkini akan dimaklumkan di Laman MO..tq