KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Jumaat, 24 September 2010

menipu dalam kepura - puraan

hei,
ingat lagi.?
kali pertama kita bersua.
kita diam seribu bahasa.
menipu dalam kepura - puraan.
seolah tidak ingin berkawan.
sedangkan dihati penuh keinginan.

hei,
kau masih ingat.?
ketika kau jatuh dan terluka.
ku baluti luka dengan tenang.
menipu dalam kepura - puraan.
seolah aku tidak bimbang kegelisahan.
sedangkan hatiku menangis kerisauan.

hei,
kau ingat lagi.?
ketika kau kesedihan.
dan kita keluar bersama.
aku cuma berlawak berjenaka.
menipu dalam kepura - puraan.
seolah aku tidak peduli.
sedangkan ku mencuba buat kau tersenyum kembali.

hei,
benarkah kau tidak tahu.?
ketika aku melafaskan sayang.
berbicara tentang dia.
dan dia adalah engkau.
menipu dalam kepura - puraan.
aku tahu hati kau sakit tak terkata.
maafkan aku, buat kau tertanya - tanya.

hei,
aku cuma ingin kau tahu.
sedang aku mencintai kau.
sedang aku merindui kau.
kau pergi meninggalkan aku.
buat aku kehilangan.
buat aku kesedihan.

hei,
nyawaku hilang.
tubuhku keawangan.
jiwaku luka berdarah.
hatiku menangis sepi.

saat ini.
aku ingin katakan.
"aku cinta. terlalu cinta padamu."
biarpun kau tidak tahu.
biarpun kau tidak kembali.

aku masih cinta.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

6 ulasan:

noorafzan.blogspot.com berkata...

ni de kena mengena ngan diri sendiri ke..
sedih nih.

jAck ALvin buKAn suPErpoRnstAR berkata...

jiwa wa hilang n terus lenyap..


daMn...

Unknown berkata...

noor afzan. ta de pn sbnrny. just ilham yg dtg tiba2. hihi

Unknown berkata...

alvin. hahahaha sori.~

Biela Sapine berkata...

ohh kedengaran nya sungguh syahdu
ada kene mgne ngan lagu , cinta dlm hati by ungu , siyes.

Unknown berkata...

biela. yeke.?? huhu kne dgr ni lagu tu.