KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Selasa, 28 Julai 2009

Pemergian Yasmin Ahmad

mungkin lambat sangat aku post entri ni. uhuhu however, lately aku rase alone sangat. hmm..

ramai yang kenal dengan Yasmin Ahmad. Aku mula ingin mengenali beliau bila cerita mukhsin keluar. yup, aku peminat movie tu even macam - macam cerita tak menarik tentang filem tu. then, sepet and gubra yang mana aku sendiri dah naik muak nak tonton bila asyik ada ulangan siaran kat astro prima dan ria.

sejak ternampak berita tentang kecelakaan yang menimpa dia. aku terus beli paper kosmo tu. paper metro pun even sama je srotynyer. Bila da baca. aku cuma berharap dia cepat sembuh.

aku tak expact dia akan meninggal dunia.

bila dapat tau dia dah kerahmatullah. aku kaku sejenak. macam tak percaya. eh, aku minat semua iklan petronas dia. iklan merdeka, aidilfitri. ape ni..?? aku pun tak tahu nak jelaskan macamana perasaan aku time tu. kosong!

aku pun geledah blog dia. adeh! sayunye. last post 22 july. rasa macam tak cayer yang blog tu akan sepi selamanya. hmm..al-fatihah

rasa macam mimpi. dia dok sihat bentangkan kertas kerja kat depan ramai orang. Minta izin untuk rehat sebentar then dia rehat untuk selama - lamanya..hmm senangnya cara dia meninggal dunia..

al - fatihah sekali lagi.

p/s : masih tak percaya..
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Tiada ulasan: