KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 30 Jun 2010

ada award untuk budak malas

wahh.! percaya atau tidak..bolos saja blog ini...!! ops.! terlebih sudah.hahaa.~

 der..aku dapat award kot. perghh.! macam tak caye pun ada. hohoo.~ budak malas macam aku pun dapat award an. hehee..~ jom layan.~


haa..ini la orang yang baik ati tu dan sangat comel orangnya. ye..kenapa aku ada kat page die.? wahaha..tak ingat.! @_@ nama dia babygirl. yelah, sesuai ngan rupa dia ala.ala baby and blog die yang cute sesangat ngan wane pink an. gegirl taw. aku suke.! ^___^

haaa..tengok ape die komen tentang diriku..hahaa.~ beta berasa bangga dan terharu. ngee.~ layan. secara jujurnya aku suka. la la la (menyanyi dengan riang..menari.!)


psstt : yeay.! aku rindu noor suhadah lar..hehee

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

kejutan dari germany

der..kalau niat korang nak baca story pasal bola. memang menyesal tak sudah la korang klik post ni tapi bila korang da klik tu untuk niat nak baca, aku pun bersyukur la. huhuu.~ ada gak orang suka baca cerita malas..ye dak.? hahaa.~


















haaa.. nampak tak apa yg aku nampak.? der.! aku tak tahu mana sesat orang jerman ni kat page aku. aku bukan la tak suka. (cuba tengok betul.betul betapa riak dan bangga nya wajah aku sekarang) hahaa.~ aku pelik je. apa la yg die dapat bila surf kat blog aku ni.

aku bajet dia lepak sesaat dua je kot. pastu dia blah. (mesti dia terpedaya ngan profile picture facebook aku tuh. kesian die wehh.)

der..sebenarnya aku ni saja je berdalih. actually, aku sokong jerman tapi bila match 3 julai ni dorang nak fight dengan argentina. hmm..mengelupuh aku kejap. (menangis.!)

maafkan aku kerana terpaksa berkata begini, argentina kompom menang nanti. huhuu.~ T__T aku tak dapat terima ni der. aku terpaksa.! terpaksa.! ish...mengeletar seluruh tubuh aku ni. aduh.! macamana kalau....arghh.! takmo cakap dah.! hope jerman menang. itu jer.! TITIK.


psst : portugal kalah.! hampeh tol. semalam aku tengok dorang main pun macam tak bersemangat je. huh.! senang citer aku benci ngn pengadil tuh. buta.! kesian pemain portugal 'berdrama' tapi HARAM die nak layan. huh.! tak suka.!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 28 Jun 2010

post ini kepada mereka yang rajin je. yang malas pandang sekali imbas sudah.

wahaha.! panjangnya title entri malas aku ni.la la la.aku sangat emosi sejak dua tiga menjak ni. layan emosi aku lagi ye.

manusia tak dapat menilai keikhlasan yang dan juga kasih sayang.
sesuatu yang paling sukar dijelaskan.
hanya tuhan yang tahu samada kita ikhlas atau tak. sayang atau tak.
(setuju/tak setuju).?

keikhlasan bukanlah untuk ditunjuk.tunjuk.
kalau nak tunjuk pun mungkin sukar untuk diaplikasikn oleh seseorang tu.
kita ikhlas, dengan niat kerana Allah s.w.t tapi tidak pada orang itu.
jadi, biar la ianya terus menjadi rahsia kita.
 (setuju.tak setuju).?

kasih sayang adalah sesuatu yang sangat membahagiakan.
kasih sayang bukan mudah untuk dilihat oleh mata kasar.
senang cerita, kalau taknak kasih sayang tu pudar.
bagi aku, haruslah bagitau yang kita sayang dia pada setiap hari.
 (setuju/tak setuju).?

sebelum tidur. bangun dari tidur. ketika lunch. ketika masing.masing busy..jangan la. huk.huk.huk
bila.bila je asalkan orang tu tahu yang kita sayang kat dia.

setiap manusia ada ego masing.masing jadi kita perlu bertolak ansur.
jangan la mengharap yang dia akan memahami kita 100% sebab..memang TAK la kalau macam tu.
walaupun kita tahu kita memahami dia tapi mungkin kita tidak memahami dia 100%.
manusia ni bukan la sempurna sangat.
(setuju/tak setuju).?

manusia ada pelbagai jenis perangai jadi manusia ni berbagai karenah.
penat layan..hanya orang yang sabar je rajin melayan.

kita sering buat silap dan kesilapan adalah guru terbaik dalam kehidupan.
belajar dari kesilapan pun ada baiknya.
tapi, kalau sampai menyusahkan orang lain.
tak payah la. lupa kan.

sekian ceramah untuk hari ni. salam.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 27 Jun 2010

jom kenali freak girl a.k.a Khairul Atikah

kenapa la ada entri ni.? cet.! macam ada je orang nak ambil tahu pasal aku kan.? actually, aku post entri ni atas dasar suka.suka dan nak jelaskan semua salah faham korang terhadap aku. secara teknikalnya, aku pun tak berapa kenal dgn diri aku sendiri hahaa..layan.~

blog aku kan.? jadi, nak post pape entri pun boleh kan.? kan.? huhuu.~

secara fizikalnya. dia seorang yg gemok, pendek, buruk. la la la (sungguh tak reti nak angkat bakul..hahaa)  tak mau cerita pasal fizikal atau apa. itu tak penting langsung (bagi diriku..)

jom amik tau pasal perangai aku.

aku ni sangat.sangat panas baran. bila aku diam maknanya aku dah touching dan bila aku banyak cakap maknanya aku memang tak ambil kisah pe yang anda.anda dan mungkin anda tengah kutuk tentang diriku. huk3. secara fizikalnya, sikap aku akan berubah. contohnya ; aku takkan buat apa.apa untuk balas balik. aku akan diam dan diam. paling tidak pun aku akan sepak tin yang tak berdosa tu. bila kena cermin kereta orang aku menyorok lepas tu aku gelak kuat.kuat. la la la  eh, aku cakap apa tadi.? tak.! bukan aku yang sepak tin tu. tak tau la sape. huhuuu.~

aku ni bila marah..hmm..semua keluar (dari mulut) tapi aku takkan campak barang.barang sebab sayang..yela, nak beli susah. hahaa aku bukan membebel tapi maki nasihat jadi memang bingit ar telinga korang. btw, time tu better korang pekakkan telinga dan bila korang soal aku balik "kau cakap apa..?" aku nak gelak.? please la.! hmmmmm..ye.! aku akan gelak. hahaa..bengong taw korang. sia.sia je aku marah.marah korang boleh tak dengar. huhuuu. itu yang aku sedar. tentang aku..

aku cepat marah dan cepat sejuk. kalau aku tengah marah, aku akan buat apa je yang aku suka. contohnya ; delete account facebook. alah, senang citer..berpandu kepada entri sebelum ni, bila aku marah..aku akan buat benda yang takde kena mengena dgn punca aku marah. aku marahkan tenet tapi facebook yang kena maki. aku marahkan facebook tapi tenet yang dapat maki. lebih kurang mcm tu la. gedik kan.? ye..saya jiwa gedik.!

teettt..! paling lama aku marah pun 30minit. lepas tu aku ok balik. aku tak reti nak marah lama.lama sebab aku takot kehilangan orang yang kena marah dengan aku tadi..hahaa yay.! sayang kot. berapa lama jela aku boleh marah.?? buat masa ni. ada orang hina aku pun aku still tak marah dia lagi.

senang citer, aku akan buat apa saja untuk puaskan hati aku bila aku marah. time tu, jangan tegur. jangan buat apa.apa pun sebab bila aku okey, aku pun okey je. huhuhuu.~



psstt : sori entri bosan. terima kasih sebab sudi baca sampai habis.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

what's on your mind?

kalau dalam facebook, aku suka kotak ni. fungsi kotak ni adalah buat aku merapu meraban dan mencarut apa yang patut buat ramai salah faham pastu dorang tanya aku banyak kali (comment) pastu aku jawab. ceh.! kira popular lah..ngee.~

aku benci bila dah jadi macam ni. sesumpah aku anti giler dengan kotak tu.!

tak payah bayangkan, just baca je..

3 kali send by via celcom sms gagal dan 4 kali klik keluar box bertulis please try again.!

memang menyakitkan jiwa sekejap.! tak.! agak lama..! senang cerita..kerana nyamuk sekor habis satu kelambu aku bakar (der..! berperibahasa pulak.)

inilah yang nak aku carutkan dalam box itu :

aku rasa menyesal.! ya.! itu yg aku rsa tp aku plg rsa sakit. pnt...! pnt yang t'amat sgt..jujur aku da tak larat lg nk b'pura2. aku da tak mampu lg nak b'dalih..aku rsa lesu smpaikn aku b'harap semua rsa akn ku lempar jauh..jauh sekali.! biar rosak.! biar b'akhir.! janji aku puas.! aku lega.! smpai aku rsa bahagia tnp kau.! sbb aku sgt merana.! jahanam punya P1.! sbb kau..aku tak dpt on9 dgn waras.!! Arghhh.!! tw tak.?! aku BENCI via celcom sms.!

der..aku rasa kalo b'jaya post carutan.carutan ni mesti gempak kot.!

sebab.sebab nya...:

entry ni lebih daripada 420 patah perkataan. tak lepas langsung untuk post. la la la la..
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 26 Jun 2010

separuh mati

sudah la internet slow sangat.sangat
loding page sangat.sangat lembab
facebook sangat.sangat bermasalah
semuanya sangat.sangat menyakitkan hati.
sudah la berkali.kali travel
semua.semua untuk SATU barang.
aku sangat.sangat penat.
aku sangat.sangat bengang.

.TITIK.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 24 Jun 2010

kalau aku 100km/j yang lain pulak..??

aku bukan nak bercerita panjang lebar. tapi kenyataannya aku memang memandu dengan laju. ye..! taw la kadang.kadang salah tapi bila bawa 80 km/j aku rasa macam kereta tak bergerak je.huh.! ngantuk kot bawa slow.slow..

berbalik pada jalan yang benar. jujur dan ikhlas. aku memang drive 100km/j paling laju. tapi, petang tadi tepat pukul 3.02.46 pada tarikh 24 Jun 2010 hari khamis bertempat di jalan kuching, aku telah berlumba.lumba secara tak sengaja dengan sejenis kenderaan berat yang aku lebih kenali dengan nama glamor dan scientific nya LORI HANTU (alah.! lori yang angkut tanah kat tapak pembinaan tuh.!) yang bernombor plat WFG 4639. kepala lori warna merah hati.

yeah.! apabila aku berada di line paling kanan die mengekori dengan rapat.rapat dan terus rapat dengan kelajuan 100 km/j (aku memandu dengan tenang sekali..) nampaknya kereta depan jenis toyota lama (yang tak berapa dikenali model ny) memandu dengan sangat sopan, buat aku mula memotong disebelah kiri. masih dengan kelajuan yang sama dan diekori dengan rapat juga. aku ambil insentif untuk mencelah kembali ke line kanan kerana kereta jenis myvi hitam yang berada didepan aku sangat sopan santun orangnya (perempuan).

lori itu tersangkut kat situ.

aku sangka semuanya telah berakhir dengan kemenangan mutlak berpihak kepada aku, jadi, aku stay di line yang sama dengan kelajuan yang sama dan pemanduan yang tenang lagi. tak sampai beberapa saat, tiba.tiba aku nampak kelibat lori yg sama.

"Ish.! aku benci la lori spesis ni ekori aku dgn rapat. dah ar jarak aku dgn kereta depan pun rapat..!"

malas nak cari pasal, aku melencong ke line tengah. (still relax tapi angin dah penuh satu badan..) lori pun still follow dengan rapat. disebabkan pemandu kereta jenis BMW 3series seorang lelaki yang budiman, dia memandu dengan sangat sopan buat aku beralih arah ke line kanan kembali diekori sekali lagi oleh lori berkenaan.

"aku dah fedup.! nak stay kat line ni je.! lantak ah..!"

apabila kereta depan rasa dirinya terganggu oleh aku yang mengekori dengan rapat, dia kembali ke jalan yang lurus di line tengah. aku still memandu dengan kelajuan 100km/j. sampai di bawah bulatan batu caves. lori tersebut memintas aku (potong di line tengah). tak sampai seminit dia dah berada terlalu jauh daripada pandangan aku.

aku memang nak kejar. aku speed 120 km/j pun tak dapat kejar. korang rasa berapa speed lori tuh..?? hmm...






psstt : jangan tiru gaya pemanduan aku okey..?!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca