KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 18 November 2009

my mak cik

Hurm..sibuknye kerja sampai dah takde mase nak update blog. Tapi, nanti aku akan update lagi. Aku kebuntuan cerita tapi kali ni, aku nak cerita pasal bestfriend forever. ehehe. yang bagusnye, dia tak tahu pasal kewujudan blog aku ni ahaha jadi, kalau aku puji die kompom ar die tak tahu. ahaha
Aku pernah cerita pasal dia. My Mak Cik lor ! Bestfriend aku. 1satunya kawan perempuan aku yang memang rapat giler ! Aku ni susah nak kawan dengan perempuan tapi aku tak tahu kenapa aku boleh kawan dengan dia pulak. Kitorang share bintang Leo. Agak merisaukan tapi yang penting, dia tidak pernah rasa bosan kawan dengan aku ehehe (perasan sudah !) aku selalu buat die nangis. bersalahnye !!! tapi, aku minta maaf balik. bukan disengajakan. selalunya aku bergurau, tapi dia ingat betul - betul. uhuhu



Sue and Cda. 2beradik yang buat aku hampir sewel ahaha


Dedua dah ada bf. So, korang jangan nak berangan untuk memiliki hati dorang ehehe Sue suka ngat membebel, thats why la aku panggil dia mak cik and dengan selamba radak dia panggil aku nenek semuanya sebab aku ni sangat pelupa. ha'a. bukan makan je lupa. selalunya semua aku lupa. ok, aku pernah lupa nak pergi date dengan someone dulu. Maunye dia frust menonggeng, mamat tu ingat aku dah benci dengan dia. alahai..sorry !!! . So, korang tentukan sendiri level pelupa aku ni ahahaha

yeah..yeah ! masak lauk kegemaran aku. dia anta pakai pos laju agagaga

die dok kat ipoh. Aku jumpa dia..erm..rahsia. taknak bagitau ! ehehe aku ingatkan aku dah takde kawan dah. kehadiran dia betul - betul bermakna (perghh! jiwang nih!) tapi, jujur la. aku takut gak kalau la nanti dia tinggalkan aku macamane ? hope, die tak sama dengan semua bekas kawan perempuan yang pernah hadir dalam hidup aku. urm

sekarang ! aku dah 100% confident jadikan dia BFF selepas beberapa kali diuji ahaha die tak sedar. :p (jahat gak aku nih)

aku ni bukanlah pendiam dan bukan gak pemalu sebab aku boleh jadi seorang yang banyak cakap dan sangat pemalu grrr..macamne tu ?? ha..lu pikir ar sendiri !! pape pun hal, aku tak suka nak mulakan. ngeh..ngeh..ngeh..dengan egonya aku nak bagitau..erm. aku sayang meh kekawan aku nih..tq coz sudi jadi kawan aku..(grrr..sampai kiamat pun dia takkan tahu yang aku merepek kat sini tentang dia ahahaha) ego tol aku nih..la la la

psttt : later, aku citer pasal alan and mirul plak..my haven..ehehe


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 11 November 2009

belajar untuk menghargai apa yang kita ada

wah! lamanya tak update. aku kat taman ni. dengan menggunakan celcom broadband setelah kecewa dengan maxis broadband bertemankan laptop kesayangan aku. Aku curi masa sikit untuk online.

Pagi ni,

Aku hantar ayah pergi kerja kemudian c'da pulak gi kolej die. C'da tinggal dengan aku buat masa ni. No hal la! Aku perlu ke kolej pulak lepas ni. adios! semalam aku redeem last week punya penat sampaikan hampir sehari suntuk aku mengantuk walaupun aku dah tidur untuk seketika tapi tak cukup. at last, aku bantai tidur dari pagi sampai petang! pastu aku bangun tidur, aku ambil ayah balik kerja. uhuhu

malam semalam,

aku merajuk dengan kawan baik aku. sue..! ehehe aku saja2 suka tengok dia menggelabah. Dia kuat membebel so aku panggil dia mak cik then dia panggil aku nenek sebab aku punya pelupa tahap gaban! ahaha nyanyuk!

aku baru je kehilangan seseorang..so, aku dalam keadaan kecewa. Thats why la aku asyik sibukkan diri aku dengan kerja demi mengubati kekecewaan tu.

tuhan sayang aku tau!

Dia bagi aku 2orang gantikan seorang. Bukan dua je tapi banyak dan berlambak - lambak !

pertama ;

Sue..sejak kehilangan tu, dia rapat dengan aku. Dia jaga aku bagai nak rak. Al-maklum la aku ni degil. so, die pun membebel la..bla bla bla walaupun dia jauh tapi aku rasa macam dia selalu ada. aku rasa macam dia selalu perhatikan aku. uhuhu

Cda..adik su. aku tak berapa sedar macamne die leh muncul dalam hidup aku. Al-maklum la aku ni pemalu. memang malu sangat tapi die pun sekutu kakak die. kang die mengadu kat kakak die mesti aku dapat mesej tacing pastu die call bebel - bebel. hah! padan muka aku..degil lagi.

kekawan lain...aku tak tahu la nak cakap macamne, dorang ni macam phm2 je masalah yang sedang aku alami. dorang call la, mesej la..uhuhu terharu...

so..
aku decide untuk menghargai apa yang aku ada supaya aku tak kehilangan lagi. jadi, aku akan kurangkan degil dan pecahkan batu kat kepala aku ni supaya dorang tak tinggalkan aku..uhuh

dak degil!


p/s : sue ngan cda mrh aku malas makan. aku tetap malas gak..uhuhu
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 3 November 2009

kembali membersih sarang

dah bersarang blog aku ni.

Ya Allah! sumpah aku sibuk!

aku sibuk sangat - sangat. sangat - sangat. sangat - sangat ! susah nak cerita. Kaki aku dah nak putus ! badan aku dah lunyai ! otak aku dah kering ! ahahaha gile sibuk an.

ok la. aku da kering idea..uhuhu
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 21 Oktober 2009

kenapa tiba - tiba ? kembalilah pada sedia asl

aku sangat benci.



secara keseluruhanya aku sangat bosan tapi tak la sangat sebab ada la kawan - kawan yang siap membebel disini. ehehe

aku sedang menghadapi masalah dalaman.

kenapa mesti aku berbahasa dengan puitis ? ah! gara - gara pembacaan la ni..aduh! tolonglah kembali pada bahasa sempoi dan merapu yang asal! aku mempunyai idea melimpah ruah untuk novel yang dalam pembikinan itu tapi jika aku berbahasa seperti ini. dah lari daripada format asal! pasti cerita jalan cerita semakin rumit dan tak la sempoi lagi ! uhuhu


psstt : im must stop reading this book even though I want to finish it. warghhh!!!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

pagi yang simple. hati senang. jiwa tenang

i got RM50 from ayah. Actually, untuk duit kerja. Tapi memandang RM100 sudah ternampak dalam akaun CIMB Bank jadi aku decide untuk menggunakan duit RM50 dulu. Nanti, aku gantikan semula bila aku ke mesin ATM.

Aku beli buku yang sudah lama aku impikan. (sepatutnya tidak perlu ada dalam impian ahaha) 'akulah perempuan muda itu' aku tahu pasal buku ni bila aku terbaca salah satu blog yang tidak lagi ku ingat addressnya (maafkanku!) ya! isinya menarik. Puisinya ringkas tapi puistis.

Berbekalkan duit baki tadi, aku ke starbuck. lepak. lepak. dan siapkan assignment. tapi, gayanya aku asyik melayan karenah budak - budak yang asyik melayan emosi di myspace, facebook dan blog. apatah lagi, terdapat entri baru daripada blog sakai ini.

Berbahasa yang penuh madah, mungkin. rasa berlainan pulak. ahaha semuanya gara - gara pembacaan aku tadi. what the annoying me wakakaka sementara dua jam lagi aku perlu merayap keluar untuk topup memandang kredit aku telah terpapar nombor "kosong" jadi perlu sangat la aku cari celcom topup di dalam banggunan yang penuh kemewahan dan kekayaan isi setiap store, kedai didalamnya. wah!

aku rasa cukuplah penulisan yang menjengkelkan ini..out!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 17 Oktober 2009

aku dan tanggungjawab (post ni agak panjang. baca bila rajin..buat derkk bila malas ahaha)

aku cuma manusia biasa. yang sering melakukan kesilapan dan dosa. (perghh!! emosi dowh!) secara jujurnya tak baik pun.

aku anak sulong.
punya tanggungjawab.

hmm..selain daripada itu, aku ada dua keluarga. keluarga angkat dan keluarga kandung. dua2 penting. sangat penting. tapi, kalau diberi pilihan mesti la aku pilih untuk keluarga kandung ahaha wt..

aku sanggup lakukan apa saja untuk kedua2 keluarga aku. aku gembira dengan pemberian tuhan. aku bahagia. aku puas.

7.00pg
aku hantar ayah dan nuar pergi kerja. kemudian, aku ke taman perdana untuk tidur sekejap, hilangkan penat sebab semalam, aku tak cukup tidur.

9.00pg
dah tak boleh tidur. matahari dah naik. panas! so aku baca paper and dengar lagu.

11.00pg
aku ambil ayah, aku kena bawa dia pergi ke Subang untuk ambil geran rumah.

1.00ptg
adik aku, nuar. dia kata, dia tak sihat so aku kena balik rawang nak ambil dia balik rumah. lagipun, dia memang makan kt rumah (jimat) sebab dia kerja sepanjang hari. masuk pukul7.30pg hingga 11.00mlm. aku bawa ayah sekali memandangkan dia masuk kerja pukul2.45

2.00ptg
aku hantar nuar ke tempat kerja balik. aku berkejar ke KL balik sebab nak hantar ayah pergi kerja kalau lambat nanti, marah pulak bos dia. aku dah janji dengan ayah nak bawa dia pergi jumpa penyewa pukul8.30 mlm so aku ambil dia balik kerja pukul5.30 nnt.

3.00ptg
aku ke kolej untuk uruskan hal pelajaran aku. aku ingat aku nak tukar kos tapi tak jadi sebab pointer aku takde la teruk macam yang aku sangkakan. cgpa 2.89 rasanya aku kena kerja keras sikit. hmm

3.30ptg

akak aku call. dia sakit. nak balik ipoh. mula2 aku ragu2 nak tolong sebab aku dah janji dengan ayah tapi bila dibincang balik ternyata ayah boleh mengalah.aku decide untuk hantar akak ke ipoh. aku tak sampai hati nak biarkan dia memandu sorang2. lagipun, mesti dia dah makan ubat. apa - apa jadi nanti..aku mesti rasa bersalah sangat.


4.15ptg
kitorang gerak pergi ipoh. aku drive. aku tak makan lagi sejak pagi tadi. agak lapar jugak tapi nasib baik perut aku takde keluarkan sebarang melodi genre metal. ahaha akak tidur time dah nak sampai ipoh sebab dia dah makan ubat. tu la perkara yang merisaukan aku kalau aku biarkan dia balik ipoh sorang2. hmm..

7.00mlm
lambat kitorang sampai ipoh sebab hujan sepanjang lebuhraya. lagipun, jalan jam. yang pasti pinggang aku dah sakit. tangan kanan aku kejang sikit sebab sejuk tapi no hal la sebab aku ni kuat dan gagah perkasa ehehe

8.00mlm
aku kena jumpa sue. kawan baik aku. siot! aku rindu dia sangat. 1stly, taknak jumpa sebab aku kejar masa nak balik KL tapi dia macam dah merajok je. ehehe pujok..pujok..

9.00mlm
aku dapat tiket balik KL. tension sebab pemandu lambat 10minit. 10minit sangat berharga! aku takot tak sempat ambil nuar nnt.

11.00mlm
aku sampai pudu. sakit pinggang. takleh tidur sebab bas dipandu laju sangat dan pinggang aku sakit pulak. aku tahan teksi, nak ambil kereta kat bangsar. nuar dah call. nasib bek abang (giler kau! ensem nak mampos pemandu teksi ni. muda2 lagi dah pandai cari duit ahaha) teksi bawa laju giler. menggeletar gak badan aku ni.

"bang, abang hebat ar memandu. tak payah laju2. rumah saya tak lari. ahaha lagipun, saya ni belum kawin lagi bang. insurans pun takde ni.."

15mnit je dah sampai rumah. ahaha

11.45mlm
aku kena panaskan enjin kereta pulak. aduh lambat ar macam ni..! giler laju abang teksi drive. abang teksi pesan ;

"tak kisah bawa laju, asal kita kawal kereta jangan kereta kawal kita"

berbekalkan pesanan gila tu, aku pun menggila kat jalanan. aku drive selaju mungkin (120km/j paling laju pon. takde la laju pun ehehe). cilok sana, cilok sini. fuh! tak sangka aku berbakat memandu macam orang syial ahaha

12.00mlm
sampai rawang. jalan nak masuk rawang tu aku sangkut dengan kereta viva hitam. rasanya dia masih memegang lesen P lagi (ahaha bongkak cial) lambat aku dibuatnya sebab one way..aduh!

12.01mlm
nuar dah balik! benggong!

12.15mlm
disebabkan aku menyialkan diri aku dengan menjadi hantu jalanan, aku drive slow daripada pekan rawang untuk balik rumah. penat..

12.30mlm
aku tak mandi, tak tukar baju. aku ambil bantal. aku cas hp. aku lapar tapi aku malas nak makan. aku TIDO!

berakhirlah cerita tentang tanggungjawab aku. aku terfikir, bertanggungjawabkah aku ? ahaha bukan nak berbangga diri tapi nak bagitau kenapa aku ni single sampai sekarang. korang bagitau..saat bila aku nak bercinta ? lagi 1, korang bagitau aku bila aku nak bersosial ? aku cuma bersosial dijalan raya je. ahaha

aku bahagia biarpun aku penat. aku belajar untuk adil dengan kedua2 keluarga aku. aku mungkin nakal dan mungkin tak dapat nak membantu dengan memberikan mereka wang atau kemewahan tapi aku berhasrat yang suatu hari nanti aku boleh beri dorang kemewahan. aku seyez! ehehe

psst : aku tak pentingkan makan sebab aku seorang yang pemalas. makan pun malas. ahaha ok la aku nak keluar ni. semalam punya janji kena redem hari ni ahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 15 Oktober 2009

keliru untuk memilih atau memiliki ?

aku keliru dengan diri aku.

aku minat interior design
tapi aku belajar network
aku suka praktikal
tapi yang ada cuma teori
aku pandai melukis
tapi aku kata tak
aku suka memasak
tapi aku rasa tak
aku pandai menulis
tapi tak fikir begitu

aku rasa..aku takde keyakinan diri.
korang rasa ?

masam ?
manis ?
masin ?
pahit ?

pahit.

psst : aku perlu seseorang untuk menguruskan hidup aku ??
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca