KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 21 Oktober 2009

kenapa tiba - tiba ? kembalilah pada sedia asl

aku sangat benci.



secara keseluruhanya aku sangat bosan tapi tak la sangat sebab ada la kawan - kawan yang siap membebel disini. ehehe

aku sedang menghadapi masalah dalaman.

kenapa mesti aku berbahasa dengan puitis ? ah! gara - gara pembacaan la ni..aduh! tolonglah kembali pada bahasa sempoi dan merapu yang asal! aku mempunyai idea melimpah ruah untuk novel yang dalam pembikinan itu tapi jika aku berbahasa seperti ini. dah lari daripada format asal! pasti cerita jalan cerita semakin rumit dan tak la sempoi lagi ! uhuhu


psstt : im must stop reading this book even though I want to finish it. warghhh!!!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

pagi yang simple. hati senang. jiwa tenang

i got RM50 from ayah. Actually, untuk duit kerja. Tapi memandang RM100 sudah ternampak dalam akaun CIMB Bank jadi aku decide untuk menggunakan duit RM50 dulu. Nanti, aku gantikan semula bila aku ke mesin ATM.

Aku beli buku yang sudah lama aku impikan. (sepatutnya tidak perlu ada dalam impian ahaha) 'akulah perempuan muda itu' aku tahu pasal buku ni bila aku terbaca salah satu blog yang tidak lagi ku ingat addressnya (maafkanku!) ya! isinya menarik. Puisinya ringkas tapi puistis.

Berbekalkan duit baki tadi, aku ke starbuck. lepak. lepak. dan siapkan assignment. tapi, gayanya aku asyik melayan karenah budak - budak yang asyik melayan emosi di myspace, facebook dan blog. apatah lagi, terdapat entri baru daripada blog sakai ini.

Berbahasa yang penuh madah, mungkin. rasa berlainan pulak. ahaha semuanya gara - gara pembacaan aku tadi. what the annoying me wakakaka sementara dua jam lagi aku perlu merayap keluar untuk topup memandang kredit aku telah terpapar nombor "kosong" jadi perlu sangat la aku cari celcom topup di dalam banggunan yang penuh kemewahan dan kekayaan isi setiap store, kedai didalamnya. wah!

aku rasa cukuplah penulisan yang menjengkelkan ini..out!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 17 Oktober 2009

aku dan tanggungjawab (post ni agak panjang. baca bila rajin..buat derkk bila malas ahaha)

aku cuma manusia biasa. yang sering melakukan kesilapan dan dosa. (perghh!! emosi dowh!) secara jujurnya tak baik pun.

aku anak sulong.
punya tanggungjawab.

hmm..selain daripada itu, aku ada dua keluarga. keluarga angkat dan keluarga kandung. dua2 penting. sangat penting. tapi, kalau diberi pilihan mesti la aku pilih untuk keluarga kandung ahaha wt..

aku sanggup lakukan apa saja untuk kedua2 keluarga aku. aku gembira dengan pemberian tuhan. aku bahagia. aku puas.

7.00pg
aku hantar ayah dan nuar pergi kerja. kemudian, aku ke taman perdana untuk tidur sekejap, hilangkan penat sebab semalam, aku tak cukup tidur.

9.00pg
dah tak boleh tidur. matahari dah naik. panas! so aku baca paper and dengar lagu.

11.00pg
aku ambil ayah, aku kena bawa dia pergi ke Subang untuk ambil geran rumah.

1.00ptg
adik aku, nuar. dia kata, dia tak sihat so aku kena balik rawang nak ambil dia balik rumah. lagipun, dia memang makan kt rumah (jimat) sebab dia kerja sepanjang hari. masuk pukul7.30pg hingga 11.00mlm. aku bawa ayah sekali memandangkan dia masuk kerja pukul2.45

2.00ptg
aku hantar nuar ke tempat kerja balik. aku berkejar ke KL balik sebab nak hantar ayah pergi kerja kalau lambat nanti, marah pulak bos dia. aku dah janji dengan ayah nak bawa dia pergi jumpa penyewa pukul8.30 mlm so aku ambil dia balik kerja pukul5.30 nnt.

3.00ptg
aku ke kolej untuk uruskan hal pelajaran aku. aku ingat aku nak tukar kos tapi tak jadi sebab pointer aku takde la teruk macam yang aku sangkakan. cgpa 2.89 rasanya aku kena kerja keras sikit. hmm

3.30ptg

akak aku call. dia sakit. nak balik ipoh. mula2 aku ragu2 nak tolong sebab aku dah janji dengan ayah tapi bila dibincang balik ternyata ayah boleh mengalah.aku decide untuk hantar akak ke ipoh. aku tak sampai hati nak biarkan dia memandu sorang2. lagipun, mesti dia dah makan ubat. apa - apa jadi nanti..aku mesti rasa bersalah sangat.


4.15ptg
kitorang gerak pergi ipoh. aku drive. aku tak makan lagi sejak pagi tadi. agak lapar jugak tapi nasib baik perut aku takde keluarkan sebarang melodi genre metal. ahaha akak tidur time dah nak sampai ipoh sebab dia dah makan ubat. tu la perkara yang merisaukan aku kalau aku biarkan dia balik ipoh sorang2. hmm..

7.00mlm
lambat kitorang sampai ipoh sebab hujan sepanjang lebuhraya. lagipun, jalan jam. yang pasti pinggang aku dah sakit. tangan kanan aku kejang sikit sebab sejuk tapi no hal la sebab aku ni kuat dan gagah perkasa ehehe

8.00mlm
aku kena jumpa sue. kawan baik aku. siot! aku rindu dia sangat. 1stly, taknak jumpa sebab aku kejar masa nak balik KL tapi dia macam dah merajok je. ehehe pujok..pujok..

9.00mlm
aku dapat tiket balik KL. tension sebab pemandu lambat 10minit. 10minit sangat berharga! aku takot tak sempat ambil nuar nnt.

11.00mlm
aku sampai pudu. sakit pinggang. takleh tidur sebab bas dipandu laju sangat dan pinggang aku sakit pulak. aku tahan teksi, nak ambil kereta kat bangsar. nuar dah call. nasib bek abang (giler kau! ensem nak mampos pemandu teksi ni. muda2 lagi dah pandai cari duit ahaha) teksi bawa laju giler. menggeletar gak badan aku ni.

"bang, abang hebat ar memandu. tak payah laju2. rumah saya tak lari. ahaha lagipun, saya ni belum kawin lagi bang. insurans pun takde ni.."

15mnit je dah sampai rumah. ahaha

11.45mlm
aku kena panaskan enjin kereta pulak. aduh lambat ar macam ni..! giler laju abang teksi drive. abang teksi pesan ;

"tak kisah bawa laju, asal kita kawal kereta jangan kereta kawal kita"

berbekalkan pesanan gila tu, aku pun menggila kat jalanan. aku drive selaju mungkin (120km/j paling laju pon. takde la laju pun ehehe). cilok sana, cilok sini. fuh! tak sangka aku berbakat memandu macam orang syial ahaha

12.00mlm
sampai rawang. jalan nak masuk rawang tu aku sangkut dengan kereta viva hitam. rasanya dia masih memegang lesen P lagi (ahaha bongkak cial) lambat aku dibuatnya sebab one way..aduh!

12.01mlm
nuar dah balik! benggong!

12.15mlm
disebabkan aku menyialkan diri aku dengan menjadi hantu jalanan, aku drive slow daripada pekan rawang untuk balik rumah. penat..

12.30mlm
aku tak mandi, tak tukar baju. aku ambil bantal. aku cas hp. aku lapar tapi aku malas nak makan. aku TIDO!

berakhirlah cerita tentang tanggungjawab aku. aku terfikir, bertanggungjawabkah aku ? ahaha bukan nak berbangga diri tapi nak bagitau kenapa aku ni single sampai sekarang. korang bagitau..saat bila aku nak bercinta ? lagi 1, korang bagitau aku bila aku nak bersosial ? aku cuma bersosial dijalan raya je. ahaha

aku bahagia biarpun aku penat. aku belajar untuk adil dengan kedua2 keluarga aku. aku mungkin nakal dan mungkin tak dapat nak membantu dengan memberikan mereka wang atau kemewahan tapi aku berhasrat yang suatu hari nanti aku boleh beri dorang kemewahan. aku seyez! ehehe

psst : aku tak pentingkan makan sebab aku seorang yang pemalas. makan pun malas. ahaha ok la aku nak keluar ni. semalam punya janji kena redem hari ni ahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 15 Oktober 2009

keliru untuk memilih atau memiliki ?

aku keliru dengan diri aku.

aku minat interior design
tapi aku belajar network
aku suka praktikal
tapi yang ada cuma teori
aku pandai melukis
tapi aku kata tak
aku suka memasak
tapi aku rasa tak
aku pandai menulis
tapi tak fikir begitu

aku rasa..aku takde keyakinan diri.
korang rasa ?

masam ?
manis ?
masin ?
pahit ?

pahit.

psst : aku perlu seseorang untuk menguruskan hidup aku ??
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 14 Oktober 2009

kesian adik aku..

aku baru balik daripada tolong adik aku. Hmm..tak la tolong sangat. Tapi penat gak ar sebab aku kena drive ke hulu ke hilir.



tak kisah la..



dari kecil sampai sekarang, kami diajar untuk hidup berdikari. Secara jujurnya aku ni seorang yang sangat boros. Terseksa juga jiwa ni bila susah sangat nak dapat duit daripada ayah. Bukan dia taknak bagi tapi dia bagi bila kami perlukan duit tu untuk tujuan tertentu je. Aku pula, untuk memenuhi keingian dan nafsu. Aku bekerja part time, sambil tu aku berniaga sendiri dan kadang - kala kongsi dengan member. Tak lupa..belajar. Aku belajar atas duit aku sendiri. Masa daftar pun pakai duit aku, hasil bekerja lepas SPM.



adik aku,

disebabkan pengalaman hidup aku. Dia beria - ia nak sambung study in architecture dengan duit sendiri. Bagus la. Berbanding dengan aku, adik aku lebih cekal dan sabar (mungkin). Tapi, tuhan sayang dia so tuhan bagi dia dugaan demi dugaan, tak sampai 3 minggu kerja, dah ada masalah. Kesalahan berpunca daripada rakan sekerja tapi disebabkan hukuman membabitkan nilai yang tinggi jadi apabila bekerja dalam satu kumpulan, semua perlu saling membantu dengan membahagikan wang masing - masing untuk bayar balik duit yang kurang.



Sebagai seorang kakak yang hmmm agak prihatin jadi aku tolong apa yang patut. Berdoa panjang juga aku sewaktu nak cek balance account aku tapi ternyata sia - sia. Lepas raya ni, banyak sangat guna duit. Kosong account aku. Buntu sangat. Ayah tak boleh bantu sebab tengah bulan dan kalau cash dia takde hari ni. Kena tunggu esok tapi esok pulak tak boleh.



Alhamdulillah..

Nasib baik ibu aku ada duit simpan. Aku bukan taknak minta ibu duit tapi kesian. Ibu bukannya bekerja, kalau dia ada duit pun daripada ayah aku. Tapi, kasih ibu kan..dia tak kisah bagi adik aku duit tu. Hah! dengan syarat..gaji, bayar balik..



Aku baru je dapat kerja. Boleh la daripada takde. :) bisnes pun..modal belum ada lagi. Mungkin bulan depan start balik sebagai duit minyak. Kira support la gaji aku ehehe
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 13 Oktober 2009

cerita ni takde tajuk....

“Mak ! cepat mak..! Adam dah lambat ni..!” Selesai sahaja bersarapan, Adam asyik bertempik.

Apa yang melucukan, Adam tidak pandai mengikat tali leher. Ok! Harap muka je macho tapi tali leher pun tak reti ikat. Aku cuma melihat wajah lucu Adam yang asyik cuba mengikat tali lehernya. Entah apa – apa cara dicubanya tapi satu pun tidak kelihatan kemas. Fail!

“Mak !!” Adam terus menjerit lagi.

“Haish! Bingit tau..” Aku terus bangun menghampiri Adam. Dengan sukarela, aku membantu Adam mengikat tali lehernya. Berdebar – debar juga jantung aku bila menghampiri Adam. Ish..gemuruh je agaknye.

“Ait !” Adam marah aku menyentuh tali lehernya. “Mak !” monyet betul la mamat ni.

“Macam budak kecik la ! Gedik. Diam..” Aku terus berdegil untuk membantu Adam mengikat tali lehernya. Adam cuba menghalang lagi tapi kali ini tangannya aku pukul. Mata aku dan Adam bertentangan dengan disengajakan oleh aku. Aku cuma mahu pastikan dia tidak mengganggu aku mengikat tali lehernya.

Kalau dah lelaki tetap lelaki. Adam tersenyum sinis, dia sangka aku telah tergoda ? Mimpi jela. Aku takkan tergoda biarpun rupa parasnya menggoda. Selagi tiada satu pun bahagian wajahnya ada didalam ingatan aku selagi itulah aku belum jatuh cinta lagi dengan dia. Aku mengangkatkan kening dengan pandangan yang sinis lalu menjerut leher Adam sebagai tanda selesai sudah tugas aku.

“Oit ! you nak bunuh I ke ?!” Marah Adam sambil melonggarkan tali leher yang ketat tadi.

“Macam tu niat asalnya tapi tak jadi la..” Aku kemudiannya terus duduk dimeja makan untuk menyambung sesi mencekik aku yang tergendala tadi.

Adam kelihatan marah sangat lalu mengambil sut yang diletakkan dikerusi meja makan tanpa mengambil beg laptopnya. Aku perasan tapi malas nak ingatkan dia. Lagipun, dia langsung tak berterima kasih. Membentak ada la.

“Haish!” Sebaik sahaja masuk kedalam kereta, Adam keluar semula kerana beg laptopnya tertinggal. Entah sejak bila, perkataan rungutan ‘haish’ mula digunakan oleh Adam. Ternyata pengaruh kehadiran Avril terlalu besar dalam diri Adam. Adam berlari masuk semula kedalam rumah dengan marah.

“Bukan nak tolong ingatkan I !” Marah Adam.

Aku saja buat – buat pekak. Sementara memandang tali leher Adam yang senget dan tidak kemas. Aku tak tahu lelaki senget apa la dia ni. Mungkin dia terperangkap didalam badan lelaki gagah dan macho. Aduh !

“Haish! Tunggu..tunggu !” Aku berlari anak mendapatkan Adam “Kalau nak pakai tie pakai la elok – elok. Kalau tak, jangan pakai !” Aku membetulkan kedudukan tali leher Adam. Kemudian, membutangkan kedua – dua butang leher kemejanya supaya tali leher tadi tidak berganjak daripada kedudukan asal. Hmm..puas hati aku! Eh ? mamat ni “Rambut..” Aku terus mengambil helaian rambut Adam yang gugur dibahu kananya. Lalu aku memerhatikan kepala Adam. Anak rambut Adam berselerak. Menjadi tabiat, aku mengambil sedikit gel dirambut Adam yang masih belum kering lalu aku betulkan anak rambut mamat monyet yang selekeh ni.

“Siap ?” Soal Adam dingin.

“Perfect..!”

“Thank you..muaahh!” Adam mencium pipi Avril. Avril membisu kaku.

Kurang ajar ! hilang kesucian pipi aku !

“Woi..! Woi..! Monyet..!” Marah betul aku dengan mamat ni. Berani betul dia cium pipi aku. Sesuka hati dia je. Jatuh saham mas kahwin aku. Kalau mak aku tahu memang habis aku dikerjanya cukup – cukup. Dia pergi macam tu je. Takde rasa bersalah langsung ! Huh!

pssst : salah satu babak kegemaran aku dlm novel yang aku tulis sendiri. aku suka menulis tapi aku rasa tak yakin pulak sebab takut jalan cerita tak sampai ehehe jgn gelak k..!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 12 Oktober 2009

lagu bila cinta bertasbih. aku dah jatuh cinta!!

dengan siapa ? siapa ? siapa ?




grr...pernah dengar tak pasal ni ? ;

i hate to dreaming since i lost my dreams..
ahahaha
takde kena mengena dengan ayat diatas..la la la


aku jatuh cinta dengan lagu bila cinta bertasbih.
gila meroyan best lagu tuh.

pssst : tanks aben! kau la inspirasiku sebab aku dengar lagu ni daripada page ko..grrr
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca