KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 5 Oktober 2011

Wordless Wednesday

Assalamualaikum . . hello there !


Aku takkan tunggu dia lagi . .
Aku minta maaf . .
Cukup la aku bertahan selama ni . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 3 Oktober 2011

Sang Pelangi

Apabila awan mendung berarak
Tanda hujan akan membasahi bumi
Apabila matahari menyinar disebalik gerimis
Timbul pula sang pelangi

Mewarnai suasana yang suram
Memberi senyuman disebalik tangisan
Mengembirakan hati yang sedih
Menemani jiwa yang lara

Waktu itu . . hanya sang pelangi menemani

Hadirnya tidak didamba
Hadirnya membuat kau tersenyum
Hadirnya membuat kau bahagia
Hadirnya membuat kau tertawa

Setelah itu, sang pelangi pergi
Hilang tanpa tanda
Hilang tanpa pesan

Membiarkan matahari menemani hari - harimu

Aku la sang pelangi mu . .

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 30 September 2011

this is matluthfi90

Assalamualaikum . . hello there !

Selamat malam . .

Sebelum tidur, aku nak share dengan korang aktiviti kegemaran yang dah lama beno aku tak buat memandang sekarang ni busy kat office ja . .

Ni dia, matluthfi . . aku minat dengan mamat ni sesangat . . err . . bukan minat orangnya tapi minat videonya . . siapa dia bukan lagi persoalan (tipu la kalau tak kenal) . . just nak share dengan korang video kegemaran ku . .


dan 


haruslah ini juga


Aku tak ingat entry mana yang aku start story sal dia tapi mamat ni memang boleh . . aku suka pandangan dia . . uh . . tak lupa juga anwarhadi . . dia pun best jugak . . hehehe 

tapi  . . aku tak tahu mana datang group ni . .


Vokal hancur, melodi entah ke mana, choreograph macam cacing kepanasan . . permulaan video pun aku dah down . . tapi, bertahan jugak sebab aku nak tengok punca respond -ve yang dorang terima . . sejujurny, siapa komposer lagu ni ?!! haishhh . . hilang terus coverage wimax aku ! hm . . 

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Typical Days #5

Assalamualaikum . . hello there !

Lately, aku setuju dengan d_tieah . . ku pun dah rasa macam tulis dairi je setiap pagi . . hahaha err . . as usual, dah punch 6.47 am tadi . . err . . aku keluar rumah lambat sikit sebab terlalu leka dengan alergi yang tak hilang  lagi. semalam, adik kesayangan masakkan megi ado telur ! hahaha makan je sebab dah lapo . . ~

Semalam, it's the best sebab utama . . kereta aku kena calar dengan syiling . . adoi ! aku tak tahu nak marah siapa . . so, aku cuma beristifar panjang je sambil ucapkan alhamdulillah berkali - kali . . oit ! dapat pahala free pada hari khamis tu . . kau ada ?? takde ! aku ada . . haha aku belum bagitau ibu lagi sebab aku malas  nak jawab kalau dia tanya macam - macam . . takpe, biar die perasan sendiri and tanya baru aku kasi cerita . . TAPI . . selalunya aku cerita tak pernah habis . . hahaha


Sebenarny, aku rasa dah salah tempat buat tajuk typical days dan entry camni . . haha sepatutnya, kat tumblr . . tapi, lama beno aku tak update kat situ . . takde masa . . oh ye ! kalau nak borak dengan aku . . moh le follow me at twitter . . @onewSara . . tapi, jangan marah tau kalau aku sengal alam dan blur . . sebab itu la aku yang sebenarnya . .

Oke . . ku nak start keje . . kbay !



# gelak dapat menghilangkan stress . . err . .
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 29 September 2011

Typical Days #4 Perkara yang dibenci

Assalamualaikum . . hello there !

Hye . . aku kat office . . 7.21 am . . punch 6.42 am . . macam biasa la kan . . tapi, still tak suka sebab jalan sesak seawal 6.20 am kat depan Pasar Borong Selayang . . "bila la dorang ni nak TERlewat bangun . . heaven sikit aku !"

Malam tadi, berangan nak start menulis balik . . 9.15 pm sampai rumah . . mandi . . solat isyak . . 9.40 pm siap . . on lappy . . terus keluar ambil alang balik kerja . . 10.10 pm sampai rumah . . off lappy . . 10.30 pm dah terbongkang atas katil ! so . . aku pun rasa macam tak bermotif je on and off lappy tu . . 

Pagi tadi, aku bangun macam biasa . . dah rasa lain macam . . err . . sebenarnya takde la lain sangat . . dah biasa dah rasa tu cuma aku dah dapat agak . . alergi naik la tuh . . haishhh ! rimas lor ! pepagi naik alergi that mean aku kena makan ubat or aku akan menanggung kegatalan sepanjang hari . .benci giler !!! tu la . . semalam teringin makan tomyam sangat kan ?! haishhhh !

So, pepagi buta lagi . . selepas solat subuh . . aku telan sebiji . . dan macam biasa la . . harus mengantok punya . . itu la yang aku tak tahan sangat . . apatah lagi, pepagi camni . . memang syok la kan . . dengan traffic pun slow je . . feel giler kalau tido ! 

Aku tetap gagahkan mata untuk bertahan sampai kat office . . mengantok seh ! apa lagi . . aku pelok bantal dan nyaris tertidur . . bw menyelamatkan aku . . damn ! benci giler telan ubat pepagi . . jangan harap la nak bertahan mata ni . . for sure 8.30 jup lagi aku tak boleh buat kerja ! hmmm . . 7e la jawapan paling tepat . .

Lately, aku ketagih kafein ! Lagi - lagi, sejak bulan lepas aku bekerja 7hari seminggu . . memang perlu ambil minuman mengandungi kafein . .

Dulu coke . . now kafein . . aduhai . .




# Rindu nak dengar suara jelita . . entah bila si jelita Sara Aqila nak call aku . . err . . jup ! entah bila pulak aku free nak angkat call die ?! hehehe oke . . sepatutnya, aku  yang kena curik masa  untuk on call dengan dia . . rindu !! 

tak sabar nak pergi kelantan mandi laut !! hahaha gampang ! takut air, ada hati nak mandi laut  #ceritagempak !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Rabu, 28 September 2011

Bila aku bersuara ..

Assalamualaikum .. hello there !

Lambat aku update pagi ni . . niat asal, memang takde idea nak update tapi bila dah ber-bw terus idea datang mencurah - curah . . lagi 10minit ! sempat ke aku update sebelum memulakan kerja ni ?! arghhh ! lantak la . . hehe belasah je . . boleh ?!

Hey guys . . untuk sesiapa yang kenal aku . . aku ni seorang yang banyak main . . tak serius dan jenis senang kena pijak . . aku akui tu . . aku jenis tak lantang bersuara . . tak berani ? hm . . aku lebih selesa tulis dalam dairi . . sebab aku rasa, bila terlalu bersuara (yang boleh dipublish untuk pembacaan ramai) akan mendatangkan satu masalah yang besar . . maka . . berlaku la sessi soal jawab . . itu la kelemahan aku !!

Aku pemalas . . malas nak melayan soklan bertimbun - timbun . . malas nak layan orang yang emosi piyet . . malas nak bertikam lidah . . aku akan penat dan paling teruk . . memakan diri aku sendiri sebab aku ni jenis memikir . . at last, aku jatuh sakit dan makan ubat . . demm !

Aku seorang yang menyendiri . . sebab aku sangat pentingkan kebebasan . . tapi, aku  dididik untuk menghargai kebebasan yang ada . . cuma, aku masih terikat dengan kebebasan bersuara . . semuanya kerana masalah diatas . . pemalas . .

Jadi, tolonglah jangan tegur apa yang aku nak buat . .

"fuyoo . . kai cucuk duit . . kaya . .kaya . . cek gaji la tuh . . gaji dah masuk ke ?"

Kau tahu gaji belum masuk kan ?? Motif tegur aku camtu ?! - "saja . . aku cuma ada RM10 yang tak boleh dikeluarkan . . saja nak tengok "

Mereka - ketawa dengan ayat perli . .

Sial !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 26 September 2011

Typical Days #3

Assalamualaikum . . hello there !

Gud.Morning sunshine . . hari ni, aku punch 6.45 am . . sepatutnya aku dah lewat tapi, ini Khairul Atikah la ! jalan kuching tu, aku dah hafal sangat line traffic-nye . . so, pepandai la speed up dan mencilok - cilok . . alhamdulillah sampai office dengan selamat dan tak tersangkut traffic jam . . hehe

Semalam, aku kepenatan yang teramat sangat . . Rawang-KL-Rawang-KL-Cheras-Rawang . . Err . . bukan la perjalanan sehari tapi aku habiskan 2jam atas jalan . . KL-Rawang-Cheras . . pastu patah balik ke office sebab aku buat overtime semalam . . lunch kebulur jup . . nasib baik disayangi oleh kakakku . . so, Kak Ekin teman aku ke 7e . . beli la apa - apa makanan untuk alas perut . . 

Habis kerja, aku ke Cheras untuk ambil family aku yang aku tinggalkan melepak kat rumah makcik , nak berhujung minggu bersama - sama katanya . . lagipun, penghujung Syawal kan . . huhu aku ikut jela , asalkan dorang happy . . sempat jugak la aku ni berbasikal dengan jayanya . . hehe . . aku tak tahu apa nama basikal tu tapi trend budak zaman sekarang pakai basikal tu . . aku ni, dah terlalu tua kot nak ikut trend dorang sebab kerja keutamaan aku sekarang nih . . kalau beli, bila masa-nye aku nak berkayuh basikal ? hari - hari balik 9 @ 10 pm . . ngee ~

Balik je Rawang . . letih tak ingat ! Terbatal terus niat nak update blog and blogwalking huhu penat sangat ! Sia - sia je open lappy . .

Err . . oke la, nanti aku update entry yang lebih berilmu dan funny tau . . now, aku kepenatan . . so, otak aku kekeringan idea . . sebelum lebih banyak merapu merepek . . baik aku calo dulu ! 




 # Missing my sis Sarah Aqilah Binti Abdul Razak ;(
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca