KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Ahad, 17 Julai 2011

Bila awak takde

Assalamualaikum . . hello there !

Apa la rasanya bila awak takde ?
Sehari pun saya rasa demam dan sangat sakit !

Apa la rasanya bila awak takde ?
Saya moody dan sangat rasa tertekan . .

Apa la rasanya bila awak takde ?
Saya asyik nak call awak untuk borak - borak je . .

Apa la rasanya bila awak takde ?
Saya asyik sebut - sebut nama awak . .

Apa la rasanya bila awak takde ?
Entah saya malas nak fikir dah . .

-.-"

Aku memang senang nak rapat dengan seseorang tu tapi bila berpisah . . susah !

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 15 Julai 2011

Sumpah ! Rindu Korang !

Assalamualaikum . . hello there !

Selama aku menyepi ni sebenarnya aku nak buat renovation kat blog ni . . tapi, makin aku buat aku makin kusut pulak . . heeee . . at last, yang simple jugak pilihan aku -.-" tak cantik kan ? huuuu . . ni je yang aku mampu buat . . nak godeh lelebih memang takde masa . . maknanya, makin lama la aku menyepi dan makin hilang la "Cik Yuki" . . errkk ? jup ! Cik Yuki dah takde la . . yang ada, Cik Eijau sekarang nih ! hahaha

Biar la menjadi rahsia kenapa tetiba semuanya nak bertukar . . dengan title sekali . . huuu . . dah takde la Aku Perempuan Itu . . sekarang, apa yang ada . . Khai With Capital Lock . . ertinya ? sila buka kamus . .  heee . . malas nak explain . . hahaa . . link, masih sama ! cipunzmalas . .  sebab aku kan masih lagi pemalas -.-"

Header aku camne ?? Buruk jugak kan ?? haha jangan tanya kenapa . . senang citer, aku memang takde masa nak duduk depan lappy untuk mengedit bagai . . busy . . busy . . ^^ . . melayan jela apa yang ada eh . . btw, thanks sangat sebab korang semua sudi menyinggah walaupun page ni . . biasa - biasa je . .

Aku rindu giler nak berblogging !!!!!




With Luv . . 

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 4 Julai 2011

Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum . . hello there !

Hyepp . . skodeng lagi la tuh . . err . . sorry, aku akan skodeng blog korang bila kelapangan . . ini bukan janji tapi pasti ! heee *muka gatal*

Aku tak suka nak cerita tentang orang lain tanpa sebab tapi aku nak citer jugak ! aku sayang sis aku dan family aku sangat - sangat ! sila jeles ^^ aku memang takmo citer pasal orang lain tapi nak cerita tentang aku . . err . . tak ! bukan nak promot diri aku yang sedia lahir cute comel anak ayah ni . . tak !

*oke, sebab aku takde idea nak update blog -.-*

PEMALU (muka tak malu)

"Dalam phone . . kesengalan kau terserlah . . loyar buruk kau . . huh ! jenuh aku layan . . tapi, bila jumpa . . diam ?! sepatah aku tanya, sepatah kau jawab . . ?! haishhh sabar jela . ."

erk . . ?? aku tak tahu la, aku memang camni kot . . heee . . bagi aku masa sehari dua lagi . . jangan takmo jumpa aku lagi pulak ?! hahaha faham ?!

"Dulu, macam belangkas . . dah macam kembar siam . . berdua je . . sekarang jumpa, kau malu - malu kucing apesal ?! siku nanti . ."

errrrr . .  entah lah . . lain kali, jangan berpisah lama - lama sangat dengan aku . . hahaha . .

"Banyak cakap eh . . jumpa tengok ?!"

ahhhh !! jangan ar ugut aku camni ! -.-" *bukan takmo jumpa tapi . . aku kurang keyakinan diri lah*

CHILDISH & SILLY

"Mcflurry Oreo !"

"Jigs !"

"Ayam Goreng !"

"Coklat !"

"Megi !"

"Megi goreng !"

"Megi telor !! hahaha . . erk . . lapar pulak . ."

"Teddy bear ! comelnyewwwwww . . ~"

"Sup Ayam !!"

"Ayam !!"

"Err . . sayurrr ?? hmmm . ."

"Nasik ?! arrr . . "

"Sos ?! naaaaa !!"

"Susu ?! Tidakkkkk !!"

"Kucing ?! Arghhhhh !! Tolongggggg !!"

"Semalam, aku mimpi couple dengan Onew Shinee . . err . . weh ?! Asal blah ?! betul ar weh . . die siap bawa aku jumpa dengan Soe Hyun Girl Generation lagi ! oit ?! haishhh ! blah camtu je ?? aku salah cakap ke ??" hmmm . . .

"jugeodo mot punae naega eotteohke neol pone . . garyeo geodeun  tteonaryeo geodeun nae gaseum gochyeo nae apeuji anhke na saragal surado itge andwindamyeon eochapi ussal geo jugeodo mot punae . ."

erk . . 2AM . . Even If I Die, I Can't Let You Go . . ^^ fev song !


Kacak wehhhhh ! Luv yeaa !










THE END ! aku sebenarnya nak change layout and header blog aku ni . . tengah cari idea . . yelah, untuk pengenalan diri . . link ? STILL cipunzmalas . . ! heheeee . . errr . . ada idea ??

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 3 Julai 2011

Cinta Yang Teragung (nota panjang)

Assalamualaikum . . hello there !

Sebulan yang lalu . . aku kehilangan seseorang yang paling aku sayang . . kekasih . . kawan baik . . semuanya ada pada dia . . bagi aku . . dia terlalu sempurna untuk ditukar ganti . . dan seperti yang aku pernah dijanjikan . . tempat dia takkan berganti . . walaupun masih terlalu awal dan luka masih berdarah tapi aku tetap dengan pendirian aku . .

Kehilangan itu membuatkan aku separuh gila ! Aku tidak pernah mempercayai apa yang berlaku malah aku masih dibayangi oleh memori indah dan sesekali lidah ini tersebut namanya . . benci jauh sekali hadir dalam diri aku . . cuma kesal yang terpendam . . Rindu yang memuncak diakhiri dengan nada suara yang berbeza . . perkataan 'bodoh' bermain didalam fikiran aku . . rasa sayang menyebabkan aku menangis menyesali segalanya . . namun, tiada apa yang berubah . .

Disaat itu, dunia aku rasakan gelap gelita . . rasa kesal membuatkan kata 'maaf' berkali - kali ku pinta . . hati meronta - ronta meminta dia kembali dan memaafkan aku . . kembali disamping aku . . aku tak kisah apa yang berlaku janji kembali kepada aku . . kawan . . kembali buat aku gila merindukan kamu . . kembali buat aku gila menyayangi kamu . .

Tidak

Dia takkan kembali . . biarpun berpuluh kali aku merayu . . tahu ? dia telah membenci aku . . tahu ? dia telah mencaci aku . . tahu ? dia tidak menyayangi aku . . tahu ? dia tidak mahu aku lagi . . tahu ? aku bukanlah orang yang dirinduinya selama ini . .

Tuhan . . .

Kenapa memperlakukan aku sedemikian ? Aku memohon dia kembali tetapi kenapa dia semakin jauh dari aku ? Tuhan . . apa yang cuba Kau tunjukkan ? Kenapa ambil dia dari aku ?

Sehari demi sehari . . persoalan demi persoalan . .

Terima kasih Tuhan . .

Kerana Kau ambil dia yang aku sayangi sepenuh jiwa aku tetapi kau gantikan dengan lebih ramai orang yang menyayangi aku . . rasa sayang itu lebih banyak daripada sayangnya dia kepada aku . . sayang yang tidak terbalas olehku . .

Aku sekadar manusia biasa . . insan yang tidak punya apa - apa . . hanya satu . . doa ku mengiringi hari - hari mereka . . rahsia aku ada pada Tuhan . . hanya Dia tahu apa yang aku berikan untuk membalas kasih sayang mereka . . berikan aku sekali lagi peluang untuk membahagiakan mereka . .

Aku tahu, Tuhan sangat menyayangi aku . . Dia menduga aku kerana Dia terlalu mencintai aku . .

Terima Kasih Tuhan . .

Sesungguhnya hanya Dia Cintaku Yang Teragung . .


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 1 Julai 2011

short note

Assalamualaikum . . hello there !


Hyep ! hari ni, aku tak tahu nak citer apa tapi memang banyak citer menarik kat opis tu yang boleh dikongsi. . hehehe lagipun, aku rasa lebih happy kat opis daripada dok rumah . . errr . . nanti lah aku kongsikan . .

Aku sangat tak sihat malam ni . . entah la, aku tak tahu . . aku makan over limit atau apa . . sangat pening and susah sangat nak muntah . . lately, aku sangat - sangat tak sihat tapi disebabkan dah biasa . . aku sampai terlupa yang aku sakit . . by the way . . takde apa yang nak difikirkan sebab aku tahu, ini semua dugaan kecil . . kalau la dugaan yang lebih besar berjaya aku tangani (dengan bantuan sis aku) pasti sakit sikit ni takde la sukar sangat kan ? hahaa



*biarpun aku perasan ibu jeling aku semacam je . . dan tetiba plak sis aku online . . dorang macam tau2 je . . aku taknak dorang risau*




Ape la jejiwang malam ni . . aduhai . . aku tidur dulu, esok nak buat OT . . ^^



#doakan aku cepat sembuh#
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 26 Jun 2011

cerita weekend budak malas

Assalamualaikum . . hello there !

Mengantok !


Bila mengantok . . perasaan bercampur baur . . bangun taknak bangun . . mandi taknak mandi . . pergi taknak pergi . . serupa itu garfield yang gemok lagi pemalas bersantai dengan tonggek kat atas katil . . sumpah pemalas nauzubillah min zalik !

"Ayong . . bangun ! dah pukul berapa ni ?!"

erk ?! terkejot aku ! mata tak buka pun tapi telinga dok gagah mendengar . . tangan teraba - raba tanpa cahaya cinta cari baby bawah bantal . . takde ! relax . . ce cari bawah selimut . . takde ! relax lagi . . cari bawah onewsara . . takde ! BANGUN ! bukkk ! kepala terhantuk kat katil dua tingkat tuh . . sialan . . terbuka jelas sudah mataku . . ahh ! sakit kepala ta penting . . yang penting where is my baby ?! #eceh . .! speaking korea pepagi ^.~#

owhhh . . aku charge malam tadi . . lupa pulak . . erkk . . tengok jam kat dinding . . ?? DAMN ! pukul7.30 pagi kot !! agak lah hari minggu camni kena bangun pepagi jugak !! ahhhh !!! aku dah bangun solat tadi kn . . bagi la chance tidur sampai esok pagi ke . . erk ?! maksud aku . . sampai selepas pukul11 pun jadi lah . .

"Ayonggggggg !!!"

"Yeee . . yeee . . bangun dah ni . ." entah kenapa mata macam ada gam gajah je ! melangkah dengan penuh sopan, pi ambik towel . . tengok toilet, ada orang . . ayah mandi kot . . hehehehee *tersenyum macam setan* ada chance sambung tidur jap sementara tunggu ayah habis mandi . . #owhh ayah . . jika kamo menyayangi anakmu ini . . mandi la lama sikit#

"Katil tu jangan lupa kemas . . "

"Haaa . . tengah kemas ni . ." letak towel kat muka . . landing atas katil balik dengan wajah beriman *macam citer P.Ramlee*

"Ayong . . bangun la . . kemas umah ni . . nak basuh baju . . bla bla bla bla bla . ."

"Ye ibu . . kan ayah tengah mandi tu . ."

"Ayah kau dah sejam lebih keluar dari bilik air tu . . rambut dia pun dah kering . . bila kau nak bangun ?!"

ehhh ?! bukan aku baru nak landing ke tadi ?? mungkin aku bermimpi tadi. gagahkan badan bangun . . *zanggg* ayah keluar dari toilet dengan penuh berdedikasi . . cisss !! aku kena kencing dengan ibu pepagi nih !!! arghhhhh !!!


"Bangun la . . lap kipas . . lap cermin . . korang bukan nak bersama ngan ibu . ." (weh ! live kot ayat ni . . hahaa ye . . ibu ku syurga ku . .)

"Ayong !! mandi lah ! iron baju . . dah pukul berapa nih ?!"

erk ?! aku bukan ta mau bersamamu . . macam iklan digi tu . . sat lagi, kalau aku bersatu padu seperti molikul2 zarah . . berdarah lah . . cat rumah . . cat pagar . . tukar lampu . . pasang langsir . . dll . . ibu ku cerewet . . aku ada dua pilihan je . . kau tolong ibu kemas rumah dulu atau kau jangan keluar hari ni ?! selalunya aku tak tolong kemas pun aku dapat keluar . . camne ?? camni . .*tersenyum macam seth tan*

"adik . . aku bagi kau RM5 . . iron baju aku dan dua peket coklat nips ! extra 2 peket chipsmore more coklat more taste ?! apa macam ??"

hahahaa sebab tu la aku sayang beno dengan adik aku nih . . tu la untungnya jadi kakak heheee

"ah !! aku tak peduli . . chipsmore ke . . nips ke . . RM5 ke . . kau buat kerja kau sendiri ! banyak lagi kerja aku kau tahu tak ?! semua aku nak buat"

erkkk ?? -.-"

*dia membebel lebih panjang dari ibu*


1jam kemudian . .


"weh, kau tak keluar ke ??" budak demok ni ! banyak soal pulak . .

"Lambat dah . ."

"Eh ?! pergi la . . tapi dengan syarat . . belikan aku 'benda yang boleh dibuka dan terus makan' . ." *shining face*

sabar kai . . sabar .

"eh . . adik kan ikut perangai kakak . ." *shining face lagi*




#pemalas la tuh#







jup . . sweet pulak ibu ngan adk aku ni . . hahahahaa

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 24 Jun 2011

Mcflurry Oreo

Assalamualaikum . . hello there !

ehsan abgGoogle

owhhh ! ni yang aku tak puas hati, apesal dalam picture ni berlambak askem die ?! sampai nak keluaq dah ! -.-' aku beli kat selayang mall hari tu, punya la kedekut budak tu bagi ! uh ! benci r . . tak feel makan kalau tak puas hati . . (".)

erkkk ??

eh ?? termerunggut pulak . . hehee . . dari petang tadi aku nak sangat mcflurry oreo ni . . oke, aku tipu . . sebenarnya setiap hari aku nak . . heheee . . aku rasa macam nak keluar sekarang je . . tapi, agak - agak ibu aku bagi tak ?? macam tak je . . ayah aku ?? errr . . memandangkan aku tak pandai berterus - terang . . jadi camni . .

"ayahhhhh . . ayongkan . . errr . . takde pape lah . ." aku pun blah camtu je . . padahal . . nak mintak ayah backup . . heee . . ni haa . . ayah dok panggil - panggil . . "ayong nak apa ?? cakap la terus terang . ." huhuuu malas lah pulak nak drive memalam ni . . dengan mengantok lagi . . tapi . . aku nak sangat nih !!

cepat fikir . . cepat fikir . . cepat khaiiiiii !!

uh ? banyaknya oreo . . . glup !

(-.-)"

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca