KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 8 September 2010

yeah.! yeah.! esok raya.!

hish. excited sangat lah. kenapa pun aku tak tahu. haha mungkin sebab aku yang paling banyak menurut perintah ibu kot.

first round ;
"ayong.! jom cat rumah ni.."

second round ;
"ayong.! cat pintu ni.."

third round ;
"ayong.! tukar langsir ni.."

last round ;
"ibu..ayong tidur.!" adik aku ni memang spoil lah.!

so, selama bulan puasa ni entry pependek. haha ingatkan nak tamatkan je cerita di atas. tapi, alang - alang menggoreng ikan pekasam..biar sampai jiran sebelah bau. alang - alang bercerita sakan..biar sampai korang cemburu. hahaa Khairul Atikah melaporkan untuk TV303 ;p

"oit. apa buat.?!" aku menegur adik aku. (hm nak tegur sape lagi an.? an.?)

"hmm..rabun kau dah teruk nih." haish. sabar jela bulan puasa ni.

huu. main mesej lagi bagus. urm. sejak pakai hot ticket ni, makin jarang pula aku main mesej. haish. rugi je RM15 aku. eh.?! tak rugi lah. ahaha nanti aku cerita. ;p

to : kawan_saya
txt : hohoho esok last pose pastu rya.! suka ny sy.. XD (dah la tak bagi salam. main terjah macam tu je. melodi betul aku ni. haha)

kawan_saya balas : esk last pose.?!

to : kawan_saya
txt : ha'a lar.! bosan lah taon ni kau ta de huhu bestny da nk rya.! (masih dalam mood excited sangat. niat jahat nak bagi orang tu jeles.!)

kawan_saya balas : raya hari kamis ke jumaat.?

to : kawan_saya
txt : ari jmaat lor. hihi (dgn confident level yg sgt tinggi)  

kawan_saya balas : hari ni selasa rite.?

hoh.?! dengan sepantas lipas cukup sifat aku terus cek digital calendar (dalam hp daa.). ops.!!

to : kawan_saya
txt : hehe slh r..

kawan_saya balas : hihi bt org panic je.

fuh.! nasib baik lah kawan_saya sangat memahami yg aku ni sengal je. haa. itu lah, niat jahat kan.?! nah.! sebijik aku dapat. nasib baik kawan_saya puasa (mungkin ini la ayat hati die kot) haha

nota kad raya : haha pagi ni ibu ajak kemas rumah pulak. hm aku bukan duduk kat rumah banglo tapi, semalam dah kemas. apa yang tak bersih lagi.?? urm. ai.ai kapten.!

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 7 September 2010

kisah budak sengal beraya

assalammualikum..

"dibawah duli duli yang maha mulia raja raja. dengan ini saya mengistiharkan bahawasanya hari raya aidilfitri pada tahun ini jatuh pada....."

"ayong.!!! kau buat apa tu.?! sini.~ tolong ibu buat kuih ni. menghadap laptop je kerja kau. cuba la kau tolong ibu buat karipap ni, jap lagi berbuka..kau juga yang makan.."

haish.! kan aku dah terlepas tarikh raya.! nak berangan pun susah.


nota kidal : tahun ni, ibu seorang je yang excited nak raya. aku empat beradik yang bertungkus lumus. ibarat komander dan kadet kadet nya..

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 5 September 2010

misi berani mati pukul3 pagi

misi : snack plate KFC for sahur.
visi : keberanian adalah kekuatan sejati.!

plan berani mati :

1. pastikan kunci kereta ada bawah bantal.
2. pastikan line clear (check kondisi ibu, adakah beliau sedang nyenyak tidur.?!)
3. don't make an noise please.~
4. cari kunci pintu. gate. pagar. tingkap. (supaya boleh masuk rumah. jangan sampai kena kunci dok luar.!)
5. kuar.!!!
6. tak payah ngade gatal gedik gedik nak tolak kete.! (macam aku larat je.?!)
7. start your enjin. hahaha (jangan gelak kuat sangat.!)
8. jangan panaskan enjin kereta lama lama nanti kantoi. kejap sudah.!
9. here we go.! drive jangan laju sangat. nanti kena saman.
10. itu dia.! restoran KFC 24 hours.!

"kak..snack plate satu. potato wedges satu. air..cuma nak pepsi atau coke je. makan sini.! cepat sikit ek.?! mak tunggu kat rumah." wahh.~ belum apa apa aku dah plan nak order apa. hahaha


wahhh.! jangan fikir bukan bukan. aku belum keluar lagi.!
MESTI DAPATKAN di mana mana restoran KFC.

pukul3pagi mesti punctual ye.! plan ni mesti menjadi and guys.! please don't try this at my home. your home takpe. hihii.

pesana ringkas bukan SMS : as a best best busted fren. please don't tell my ibu.! my ayah takpe. haha

nota tepi pintu : jangan tanya kenapa.?! aku pun heran. kenapa aku tak beli and makan kat rumah je.?! nak cakap adik mintak. die bukan bangun sahur pun. hmmmmm..~

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 4 September 2010

aku suka menulis

mood : resah gelisah. merindu.
songs : avril lavigne - when your gone.
tahap kewarasan : separuh normal. (aku baru bangun tidur kot.! gigi pun tak gosok lagi.! hahaha shhh.~ diam kau disana. ini rahsia kita.)

aku suka menulis.
cinta sangat.
minat sangat.

aku suka tulis pelbagai hal.

tentang perasaan.
tentang kehidupan.
tentang kesengalan.

apa yang aku tulis.
tulus dari jiwa yang paling dalam.
sesekali dibawah paras normal.
ada kala jauh daripada kewarasan.

satu idea curahat yang sangat unik.
satu idea penceritaan yang singkat dan menarik.
satu idea pemberitahuan yang mudah difahami.

mempersetankan pertikaian lain.

"bosan"
"tak menarik"
"mengarut"
"itu..ini"

asalkan aku tulis.
apa yang aku ingin ilhamkan.

kejam sangatkah.?!

tiada kaitan dengan yang hidup. sakit. mati atau yang putus cinta.
jadi, tidak pun bercerita tentang si polan itu, si polan ini.

yang baik dijadikan pedoman.
yang buruk dijadikan tauladan.

salam bergembira alam blog tercinta.

nota hujung buku : kecewa dengan sesetengah pihak yang kaitkan penulisan aku tentang hidup. puisi aku tentang cinta adalah satu perasaan jiwa. bukan tentang aku. kalau tentang aku. bukan dalam bentuk puisi tetapi cerita..alah.! cerita tentang adik yang korang baca tuh. hihihii.

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 3 September 2010

satu perasaan yang membunuh

aku kena terima.
dia benar pergi.

aku harus terima.
dia tiada lagi.

aku perlu terima.
dia tak muncul lagi.

aku terima.
hidup tanpa dia.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

adik prihatin

ini cerita tentang adik perhatian prihatin. ye.! bersyukurlah anda kerana memiliki adik yang prihatin. biarpun dia suka damn anda. sebagai kakak yang hati kering ataupun, untuk lebih puitis jiwa rocks.! mahupun, untuk lebih aslinya dipanggil hati batu (haha aku sangat blur..apa da.~) jadi tiada sedikit pun heart feeling nak touching touching nih. (saya sedang menipu.!)

jujur dan ikhlas. adik aku sangat cakap ikut sedap. tapi aku suka.

"adik.." aku baru bangun tidur. sangat mamai. adik duduk depan laptop aku.

"kenapa kau.?!" lihatlah. terharu aku. dia memang prihatin. kan.? kan.?

"hm.." niat nak bermanja. tapi macam tak berjaya. dia asyik dengan cerita korea yang aku download tu.!

*silent*

"bibir kau pucat.." wahaha.~ berbunga - bunga jiwa ni.

"adik.." panggil dengan lemah longlai. sangat mengada - ngada aku nih.!

*saya perlukan perhatian*

rasanya itulah yang tertepek kat dahi aku kot.

"hm.." ada respond tapi dia tersengeh - sengeh (weh.?! betul ke eja ni.?? ke..tersengih - sengih.?? urm..) layan cerita korea tu.

"aku tak sihat ni. perut sakit.." tolong jangan muntah biru ok.?! aku sakit lar.

"so.?"

benci ah.!

nota tangan kecik : rasa nak tampo die tapi sayang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 2 September 2010

no title

beritahu anda : sebenarnya aku sangat serabut dan blur dengan satu kejadian. kejadian itu benar melukakan aku.

awak.

bila awak terleka dengan mereka.
saya rasa sunyi.
saya rindu.
saya cemburu.

bila awak kata tak sayang saya.
hati saya sakit.
saya geram.
saya kecewa.

bila awak kata saya macam macam
saya tersenyum.
saya anggap awak bergurau.
saya tak kisah.
saya merajuk sikit je.
sesaat kemudian saya ok je.

awak.

suatu hari, awak dengar sesuatu yang buruk.
awak tak tanya saya pun.
tapi awak marah saya.

saya tersenyum.
saya tahu awak nasihat saya.
awak..tak marah saya kan.?

tapi..
awak marah lagi dan lagi.
tersinggungnya saya.
saya rasa awak tak faham saya.
saya rasa awak tak kenal saya.

saya marah.

kita bergaduh.
saya dan awak ego.
kita terus salah faham.

saya kecewa.

kerana marah saya hilang awak.
kerana marah awak benci saya.
kerana marah kita dah tak macam dulu lagi.

saya sedih.

jika kita bersama lagi.
pasti akan terungkit cerita ni.
pasti akan menjadi punca.
pasti kita tak bahagia.

awak.
saya rindu awak.
saya nak kita macam dulu lagi.

alangkah bahagianya saya jika waktu boleh diundurkan
alangkah bahagianya saya jika kita tidak terpisah.
alangkah bahagianya saya jika kita tidak bertengkar.

nota kecik : sesal dahulu pedoman sekarang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca