KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Sabtu, 10 Oktober 2009

sayang sahabat

aku sayang kau lebih banyak daripada..

kau sayangkan bf kau
kau sayangkan family kau
kau sayangkan kawan2 kau
kau sayangkan hidup kau

tapi maaf la sebab aku sayang tuhan dan family aku lebih daripada kau

aku tetap sayang kau...

aku ada tika kau bersendirian
aku ada tika kau memerlukanku
aku ada tika kau memanggilku
aku ada tika kau meluahkan kegusaran kau
aku ada disetiap saat kau terfikir tentang ku

cuma semuanya akan terhenti nanti..
terhenti pada saat yang tidak aku ketahui
pada saat yang sangat aku takuti

ketika cinta Dia memanggil aku

ketika itu..
kau akan tahu yang kasihku terhenti didunia
dan bersambung disyurga nanti..

KHAS untuk SAHABAT baik aku yang sentiasa ADA DIHATIKU,

RAJA AZLAN - alan
AMIRUL SHAHMI - mirul
FARAH EZZATY - fara
NOOR SUHADAH - sue
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 9 Oktober 2009

aku suka apa saja

nama samaran aku Khai
nama popular aku Cik Yuki
nama penuh aku Khairul Atikah
perwatakkan aku seperti TOMBOI

tp

jiwa aku PEREMPUAN CANTIK
naluri aku LEMBUT
rasaku, aku AYU
tapi still CONTROL MACHO

aku selalu berangan nak jadi ayu, cantik, menarik, da bomb!
ahaha

mereka sangka aku lesbian
padahal aku tak tahu lesbian tu apa?
aku tak tahu nak jadi lesbian bagaimana?
aku benci spesis yg dilakhnat Allah ni
tp aku tahu spesis lesbian ni sakit..ahaha

aku jiwang
aku sentimental
aku pemalu. selalunya muka tak malu.

aku suka seni
aku suka foto
aku suka menulis
aku suka bercerita
aku suka puisi. tapi tak reti menulis puisi

aku suka baca puisi
aku suka baca apa je yang memberi ilmu
aku suka berangan
aku suka baca manga
aku suka lukis karekter manga
aku suka berlakon juga..
aku suka nyanyi2. dalam kereta ja..

aku juga suka si...err rahsia lah!
aku cintakan..ahaha secret lah!

aku juga suka main2 kat page aku sendiri.
aku rasa page aku sempoi
tapi kekadang aku tak faham apa yang aku tulis
tapi aku tetap suka page aku

aku suka.....KAMU (^^)

psss : aku suka ibu aku suapkan! kalau dia tak suapkan sampai esok pun belum tentu aku makan nasi ahaha siot! aku malas dowh makan..! kalo aku makan pun aku malas sangat nak kunyah. tu la yg aku slalu kena sintom "tercekik!" ahaha



aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Isnin, 5 Oktober 2009

ada apa dengan cinta ? sayang ?

ceh! tiba - tiba je..
(ini tentang aku. dah baca ? terasa ? gi m***** la..!)

mood : kusut

aku suka tengok cerita SYURGA CINTA..

andai kata aku ni jiwang karat.
Percayalah! karat kat besi tu?? lagi karat jiwang aku nih.

andai kata aku ni sentimental.
Percayalah! orang kat hospital mental tu?? lagi mental otak aku nih.

stop merapu(noktah)

aku bukan mudah jatuh cinta tapi mudah jatuh hati..;

aku mengaku, aku sangat mudah jatuh hati dengan setiap jejaka yang berjaya mencuri tumpuan aku! kecuali kat sebelah dia ada seorang perempuan lain. tobat aku nak kawan baik dengan milik orang!

aku bukan mudah bercinta..;

aku mengaku, ada cinta dihati aku yang masih belum hilang lagi. Untuk aku melupai dia sangat susah sebab aku melalui pelbagai dugaan untuk bersama dengan dia. sehingga kini, tiada lagi yang mampu menggantikan tempat dia biarpun aku dah couple dengan banyak lelaki sebelum ni. jadi, bila aku jatuh cinta ? aku je yang tahu..dia juga akan tahu. mungkin..

aku dan cinta..;

aku percaya, cinta tak semestinya untuk dimiliki.
aku percaya, cinta perlukan pengorbanan.

aku tak percayakan cinta dari kata - kata (so what ?!)
aku tak percayakan cinta untuk dimiliki (ikut keadaan. Aku cuma berharap untuk memiliki)
aku tak suka cinta paksa. (aku mungkin akan jadi kejam!)

jangan percaya kisah cinta kat dalam tv!

layan takpe..!

aku menyampah bila aku jadi mangsa cinta! Bukan sorang! tapi banyak..dah berkali - kali suruh berhenti tapi mereka berdegil! aduh! kang aku couple dengan dedua..time tu jangan kata aku ni nak mainkan perasaan dorang plak! dah dorang yang nak!

aku ni da ar tak cantik! tak lawa! brutal! jangan la buat aku perasan lawa..hadoiyai..

kenapa lelaki suka sangat memaksa aku ? aku selalu bercinta dengan orang yang aku tak cintai. mereka suka buat aku kesian. pastu aku couple. pastu gaduh. pastu clash. pastu pujuk balik. pastu gaduh plak. pastu bermusuh. fedup la..! aku bukannye tempat untuk korang isi kekosongan tu. tak payah tunggu aku. aku tak perlukan cinta paksaan.

psss : jadi kekasih gelap aku. nak ? aku contact bila perlu je. ok ?
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 2 Oktober 2009

Cik Yuki kena berkorban tapi korang kena tolong !!

korban ?? korban apakah ?? korban lembu kah ? kambing kah ? bukan ke hari raya korban lambat lagi ??

uhuhu

sebenarnya, raya tahun ni Cik Yuki menghadapi masalah kewangan yang sangat berat. OK ! bukan Cik Yuki tetapi ayah Cik Yuki..disebabkan kitorang sangat rapat, so..Cik Yuki kesian dan turut susah hati..

pepatah ; yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran (adakah betul pepatahku ini ?? ejaan ada betul ka ?? Cik Yuki tak pakai spek la sekarang !)

apakah kena mengena pepatah itu dengan KUKKAH ?? ahaha

ceritanya begini ;

Raya ke - 10, Cik Yuki keluar rumah ditemani oleh ayah. Cik Yuki decide untuk cari kerja dan Cik Yuki berminat untuk bekerja kat 7eleven atau nama saintifiknya 7e. Cik Yuki pun bersemangat la isi form kat setiap store 7e.

isi punya isi..temuduga pulak..

untuk pengetahuan semua, Cik Yuki ni seorang pelajar kolej yang terkemuka (terkemuka la sangat !) so, Cik Yuki ingat nak drop semester. Tapi, bila sampai kat admin dorang kata Cik Yuki kena bayar RM8++ jika drop kerana dah 4kali kelas start..bayangkan, nilai tu sama dengan 1bulan gaji yang Cik Yuki akan dapat ! alahai..teruk la Cik Yuki.

So,
Cik Yuki ambil tindakan drastik! tak jadi nak drop tapi cuma tukar time table je. Cik Yuki ambil part time.

Cik Yuki pulang ke rumah dengan hati yang senang..(nyanyi lagu kris allen)

suddenly !
Cik Yuki dapat call..

"Dik, esok boleh datang kerja tak ??"

Cik Yuki - "What ?!" *Owh tidak !!!

Singkatan kisah perbualan tadi, Cik Yuki tak diterima kerja part time..! melepas peluang Cik Yuki ! Geramnye !!!

Tapi,
Cik Yuki tak putus asa..!

Cik Yuki kena cepat fikirkan cara untuk dapatkan kerja supaya bulan ni Cik Yuki boleh bayar keta and kredit card !

Alhamdulillah !
Allah tu macam faham2 je. Cik Yuki teringatkan 5jam sebelumnya, Cik Yuki baca paper Metro dibahagian kerja kosong. Ada kerja kosong ! (ingat ! membaca itu rezeki ! ahaha)

Cik Yuki terus call En. Yang Berkenaan.

Alhamdulillah lagi !
En. Yang Berkenaan suruh Cik Yuki datang interview isnin ni (bersamaan 5 oktober 2009, pukul 1 ptg !) Mereka sedia terima jika Cik Yuki mahu kerja Part Time. (Lagipun, Cik Yuki berpengalaman bekerja di cafe2 nih !)

psss : Korang ! Cik Yuki sayang korang !! Korang tolong doakan Cik Yuki dapat perkerjaan nih ! dan tolong doakan Cik Yuki dapat tolong ayah Cik Yuki serta diri sendiri !!!

uhuhu

panjang sungguh entri Cik Yuki kali ni..

hope korang tak bosan sebab Cik Yuki tahu korang sayang Cik Yuki, banyak..banyak..banyakkkk sangat !! sebab Cik Yuki pun sayang korang sebanyak mana yang korang sayang Cik Yuki..


ehehehe Tergedik Sudah !
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

satu demi satu akhirnya selesai tapi tambah lagi satu. berapa jumlahnya ?

Cik, anda didapati bersalah kerana memadu dibawah pengaruh dadah !

hah ?!

adakah aku mengambil dadah ?? TIDAK !!

sebenarnya, aku makan panadol sebab pening kepala tapi aku tak sangka pulak yang aku leh khayal bila makan benda tu dan situasi ketika tu aku tengah memandu ! bahaya betol !

nasib baik tak terserempak dengan Encik Polis ehehe

......

Cik, abang anda didapati penghuni Hospital Pantai Bangsar anda perlu kesana segera !

hah ?!

1lagi ! adakah dia dalam keadaan yang membimbangkan ?? TIDAK !!

sebenarnya saja je dia nak claim insuran. pastu dia nak pulihkan hubungan aku dan kakak aku yang tengah kacau time tu..ceh !

.......

Cik, anda perlu melangsaikan hutang atau anda akan disenarai hitamkan tak boleh keluar negara !!

Sudah !! Adakah benar semua ini ?? TIDAK !!

sebenarnya, aku je yg rasa aku ni berhutang..betul what..kerja dah takde, hutang kereta lagi..hutang kad kredit lagi (walaupun under nama ayah aku !) arghh!! padan muka..!!

so..

aku kena kerja la..

nak cari kerja..

nak cari kerja..

nak cari kerja..

nak cari kerja..

huh !
awk2 sume ? ada keje kosong tak ???

psss : aku kena kerja. sedang menghadapi masalah ekonomi dunia ! aduh !

tau ! entri ni merapu ! huh !
setelah bersawang blog aku ni..entri merapu je yg korang dapat ehehehe

sowiii...
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Jumaat, 25 September 2009

Dah berhari - hari di hari ini je la..kekekehh !

hadoiyai !


Dah berhari - hari sejak aku dengan dia terpisah,
Dah berhari - hari aku dok layan angan - angan aku tentang dia,
Dah berhari - hari aku dok tergelak sorang - sorang,
Dah berhari - hari aku sedih sorang - sorang,
Dah berhari - hari..

dan

Sepanjang berhari - hari tu,
Aku tetap sorang - sorang (ok aku tipu..ramai orang kat sebelah !)

dan

Dah berhari - hari aku nak call die..
Dah berhari - hari aku nak mesej die..
Dah berhari - hari aku berlari - lari..(yang ni nampak sangat tipu ! aku bukan minah jogging !)

Takdir..
Takdir la menyebabkan segala ni berlaku..
Takdir buat kredit aku tak terTOPUP..
Takdir buat kredit aku terHABIS pulak..
Takdir buat kredit aku ADA tapi jimat sikit ar..

sebenarnye


Rindunye kat budak baju putih !
Rindu sesangat dengan gelagat dia..

Aku paling rindu nak buat dia marah..
Nak kacau die sampai die nangis..

ok !

Aku RINDU SIKIT (bajet ego aq nih) kat baju biru..

My kakak !
Yang selalu gado dengan aku..
Yang aku kutuk2..
Yang aku marah2..
Die suka bebel2..
Die suka marah2..
Die suka giler kalo aku kaco die..(seyez ! aku tak men2..)

siot !

Die tak tahu pun aku kutuk dia..
Lepas ni kompom ar die tau !
(jap, nak order katil kt ICU)

grr...
Dah berhari - hari..

tapi,
HARI NI je aku rindu..

semalam

haram ! sikit pun TAK !

ahahaha

psss : aku asyik mimpikan akak aku je sejak enam tujuh menjak ni..ahahaha

send mesej to akak (019345xxxx) : rindu ko kak ! giler rindu ! CALL ar aku !! aku kutuk2 ko pun..aku sayang gak..! ko masak sedap giler ! sebab makan masakan ko yang sedap giler la aku ni kekadang giler..! ahahaha
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Khamis, 24 September 2009

singgah sakan !

Raya oh raya !

Buka radio semua lagu raya ! semangat aku memandu sana sini. 1st day memang best, rancak, excited, teruja, gersang ? errr...tertinggal rancangan raya kt tv, panggung !

takpe !

janji dapat jalan raya..drive..drive..drive (al-maklum la driver sepenuh masa !)

Masuk 2nd day,

muka da masam (semuanya 1st day punya story !)

Sama ada aku yang tak sedar atau aku ni muka tak malu atau pun mereka yang tak perasan. Aku pelik dan hairan, kenapa aku tak dapat duit raya ?!

Duit raya ayah bagi pagi tu, buat isi minyak keta. Pi sana, pi sini, isi lagi..isi lagi..lagi..lagi dan lagi ! RM100 takde benda ! da la tengok wayang pun tak dapat. Dompet pulak, duitnya keluar macam air je..isinye takde..uhuhu

Kenapa la dorang tak caye ! umo aku 13 taon arrr ! !




20 taon dlm IC je ! uhuhu


pss : Nama aku dah black list dalam senarai 'duit raya untuk anak buah' cis !!
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca