KOTAK FIKIRAN :

akan direnovate

Rabu, 26 Ogos 2015

The Cave

Bagi aku, setiap orang mempunyai dunia yang tersendiri. Gua sendiri. Fungsinya, untuk buat mereka bebas menjadi diri sendiri.


Ada orang, cuma perlukan beberapa jenis makanan. Ada setengahnya memerlukan cuma beberapa orang sahabat. Ada pulak memerlukan sebuah permainan video. Ada juga yang hanya perlukan seorang teman yang dicintai.


Aku ... Aku perlukan sebuah bilik. Dalam bilik tu ada beberapa jenis bahan bacaan yang boleh buat aku ketawa atau drama korea untuk buat aku menangis. hahahaha


....sekurang - kurangnya aku dapat lihat orang yang baik dalam drama korea tu.






sebab ..... :)




aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 25 Ogos 2015

Senyuman Yang Hilang

Lama tak menulis


Lama pendam


Morning :)


.
.
.


Sejujurnya, aku takde lah lalui hari hari yang terbaik. Tapi, pasti ada perkara yang terbaik akan berlaku setiap hari. Jadi, aku belajar untuk bersyukur dengan apa yang aku ada. Bangun tidur pun dah cukup bersyukur. Jadi, bila bangun tidur, aku pergi lihat cermin dan senyum. Aku dah set dalam otak aku . . hari ni aku paling bahagia.


.
.
.


Itu perkara yang aku lakukan setiap hari.


.
.
.


Aku taknak banyak berfikir. Kalau aku rasa, ada perkara negative ganggu aku. Aku akan cepat cepat cari jalan penyelesaian. Supaya aku akan lalui hari yang baik je.


Tapi ... aku cuma manusia biasa. :)


Keep smiling Khairul Atikah. Jangan tunjuk pada sesiapa pun yang kau ada masalah. Masalah bukan penghalang untuk kau bahagia. Jangan bagitau sesiapa. Jangan biar sesiapa pun sedar. Kau boleh buat. Keraskan hati kau. Manage lelok !


Keep smiling..


(masuk bilik)


. . . . senyuman itu hilang.
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Selasa, 15 Julai 2014

Anak Tunggal VS Anak Sulong ( When Family become FIRST and myself LAST)

Ini kisah aku. 

Masa kecik

Aku anak sulong . . aku ada 3 orang adik. Sorang lelaki, dua perempuan. Jarak usia kitorang dua tahun, dua tahun. Umur aku 6 tahun atau 7 tahun macam tu, aku ada adik bongsu. Aku memang kena uruskan dia dari A sampai Z sebab ibu aku bela anak orang (cousin aku jugak).

Sakit je mata aku tengok adik - adik aku ni. Ibu aku pula, asyik - asyik aku. Semuanya aku. Kalau lapar, masak nasi sendiri. Kalau adik lapar, masakkan untuk adik. Kalau pergi taman, kena bawa adik - adik. Jangan nak main je, tengok adik - adik sekali . . last - last aku tak main. Kemudian, bila basikal aku rosak 'meh ayah ajar repair . .' bila basikal adik rosak 'kan ayah dah ajar, tolong la repair kan . .' Bila aku demam 'Tak payah nak berlakon, pergi sekolah . .' bila adik demam 'Adik kau demam, kau pergi jela sekolah . .' tak adil !

Semuanya adik . . adik . . adik . . sebenarnya jeles kot. Aku rasa sangat perlukan perhatian ayah dengan ibu. Yang adik - adik pula jeles dengan aku sebab, you have everything katanya . . 

No !

Sebab masa kecil, apa yang aku nak, aku kena lakukan lebih. Lebih daripada kemampuan aku. Aku buat semua tu sebab dahagakan pujian dan perhatian ibu dengan ayah sebenarnya. Kerana itu, adik - adik nampak aku ni ada macam - macam bakat. 

So, aku agak degil. Aku buat macam - macam perangai yang annoying sampaikan ibu dengan ayah menangis. sorry

Sekarang

Aku anak tunggal. Kenapa tunggal ? Sebab adik - adik aku semua dah besar dan mula ada pekerjaan yang tetap dan sambung belajar. yeayyyy
.
.
yeay ke ??

Suatu ketika dahulu, aku pernah rindukan ibu dengan ayah. Sekarang, tinggal aku dengan mereka je. Bertiga. Bertiga bila adik lelaki aku pergi kerja @ tidur rumah kawan ( kerja kat hospital ) . . 

Suatu ketika dahulu, aku nakal, degil, kuat melawan dan annoying, nonsense pun aku juga. Sekarang, I'm trying to be mature. More relax and ikut je apa yang ibu ayah nak. Walaupun kekadang aku cepat melatah . . hi hi hi

Kekadang terhibur juga hati. Sejak ayah pencen ni, dia duduk rumah asyik nak berkelahi je dengan ibu. Yang jadi tempat mengadu nasib ni, aku la.

Balik kerja, ayah dah tunggu depan pintu dengan wajah sedih. Tengok aku, senyum nak senyum tak. Dia geleng kepala. 'Ibu kau ...' aku malas nak dengar sebab aku penat. Biadap pula rasanya. Lepas aku simpan beg, buka tudung, ambil tuala, baju (sebelum mandi) . . 'Kenapa dengan ibu ?' Ayah aku tersenyum. 'Sakit hati ayah . . . (panjang lah report dia hi hi hi) . .

Kemudian, masuk je dalam rumah . . (depan pintu bilik air) . . ibu datang 'kau jangan dengar cakap ayah kau tu, mana la ibu tak marah . . (panjang lah report dia pula) . .

Tak cukup dengan tu . . mungkin sebab aku takde reaksi sangat. 

Waktu makan pula sambung. Dedua tengok muka aku. Aku pun tengok dorang balik . . ibu memulakan hujah dia . .

'Kau tahu ? Ayah kau ni kerja menyakitkan hati ibu . .'

Ayah menyampok ' . . ala, ibu kau, macam kau tak tahu . .'

Dan terus lah masing - masing mengadu apa yang masing - masing dah buat. Aku ni, tengah makan berhenti makan terus. Terlintas kat fikiran aku . . susah juga jadi anak tunggal ni.

Kelakar kan ? 

Suatu ketika dahulu, aku fikir. Kenapa la mesti ada adik - adik ? Salah dorang, aku yang kena sebat. Sekarang, hmm . . rindu pula dengan dorang . . bila nak balik oi ?!

Suatu ketika dahulu, aku fikir. Aku nak cepat dewasa, nak keluar daripada rumah. Nak ada kerja hebat, nak buat ibu dan ayah bangga. Sekarang, aku taknak apa - apa . .

Ok, tipu kalau kata aku taknak apa - apa. Aku nak kaya. Bukan sebab aku nak pakai segala barang branded or something like that. Aku nak kaya sebab aku nak buat ayah dan ibu bahagia. Aku tak suka tengok muka ayah sedih je. Aku tak suka juga dengar ibu merunggut penat.

Aku cuma anak . . anak yang takde apa - apa selain hutang kereta, PTPTN dan lain - lain. Aku takde simpanan dan kerjaya aku biasa - biasa je. Aku jauh ketinggalan berbanding adik - adik aku. Kalau orang nak buat menantu pun . . bukan menantu pilihan . . reject ! reject  !

Tapi, aku bersyukur sebab Allah SWT masih sayangkan aku dengan peluang yang dia bagi untuk aku melihat ibu dan ayah tua didepan mata. Aku sayang dorang walaupun aku tak pernah cakap. 

Aku bukan taknak bercinta tapi aku belum puas lagi mencintai ibu dengan ayah. Aku bukan taknak keluar daripada rumah tapi aku rasa tanggungjawab aku banyak lagi tak selesai. Aku bukan taknak kawen tapi aku tak jumpa lagi lelaki yang boleh bertolak ansur dengan kedegilan aku ni.

Ibu, terima kasih sebab doakan ayong cepat kaya . . !

Ayah, terima kasih sebab doakan ayong cepat pergi Korea . . . ! (menghalau nampak)

Adik - adik oi . . . jaga diri. Sayang korang sangat . . Tak payah degil sangat eh, aku ni hidup 100 tahun lagi. Aku boleh drive korang mana je korang nak pergi  . . bahaya naik motor ! Lagipun, kakak korang ni, takde la tua sangat ! ada ke cakap aku tua

Kakakku . . rindu lah . . raya ni turun KL taw ! 


Sorry sebab tak sempurna mana . .

| tetiba sebak |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Ahad, 13 Julai 2014

World Cup 2014 Germany

Korang boleh fikir tak ? Mesti tak kan ? Malas fikir la tu . . . ㅎㅎㅎㅎ

Germany pergi final . . . 

eh, siapa yang follow aku daripada zaman hingusan pasti tahu aku memang setia dengan Germany . . 

Nak tengok live ?

아니해요 ! . . . anihae yo !

Kalau aku tengok live, kalah ar dorang nanti . . !

안돼 ! . . . andwae !

sob sob sob . . luck aku tak berapa baik la bila tengok bola nih . . asal aku tengok je kalah . . tapi . . macam rugi lak kalau tak tengok . . tapi . . kalau tengok mesti ayah aku join sekali . . sign


ayah aku, bila tengok bola, mulut dia kalah pengulas bola sepak . . ada je yang dia nak komplain . . nak kata tiap petang gi main bola kat padang . . game bola sepak pun aku tak pernah tengok dia main ! . . ayah . . ayah . . ~



| Go Germany Go |

aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

( COMEBACK ) Henry - Fantastic

Henry, si makne Super Junior M ni . . siapa yang tak kenal dengan si kacak ni ? oh . . sorry . . sorry . . bukan peminat kpop kan . . ehem . . kali ni, dia muncul dengan single baru Fantastic. Yup ! Fantastic seh ! Serius sangat nih . .

Kalau siapa yang tengok variety show Real Man, korang tahu la. Clumsy nya Henry ssi ni. Comel comel je. Nasib baik muka kacak. Boleh la dimaafkan. Hahaha Off topic lagi. Sorry. 

Nah . . .


Henry ssi memang hebat bermain biola dan segala macam alat - alat music ni. Jadi, tak mustahil la dia boleh main secara live. Ok korang. Itu saja review kpop . . enjoy . . !

안녕 ! 사랑한다 ~


credit : SMTOWN official Youtube 


| Rindu kat Girl's Generation . . |
aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Sabtu, 12 Julai 2014

Review : Doctor Stanger

Dunia masa kini dalam, dunia Cik Yuki (이유키) memang sedang kegilaan kepada drama - drama korea ni. 

Ok, camni. Minggu lepas, baru je habis drama Doctor Stanger. Ai bagi 4 bintang !


Doctor Stanger berkisah tentang Park Hoon. Park Hoon dilahirkan di Korean Selatan tetapi membesar dibumi Korea Utara apabila ayah dia Park Cheol ni dipergunakan oleh Timbalan Perdana Menteri yang kejam si Jang Seok Joo dan ramai lagi lah ( emosi pulak bila cakap tentang orang jahat ni ). Mak Park Hoon pun jadi mangsa kekejaman Seok Joo ni.

Park Hoon


tak payah ensem sangat, hilang fokus nak tulis entry

Setelah melalui pelbagai rintangan dan latihan di Pyongyang Medical University, Park Hoon menjadi genius thoracic surgeon. Sampaikan dia boleh lakukan pembedahan dalam gelap. Semua tu hasil tunjuk ajar daripada Park Cheol dan pengalaman, setelah terpaksa membunuh ramai pesakit selama 5 tahun. tragis !

Di Korea Utara, Park Hoon ni bercinta dengan Jae Hee.


SATU ni jela memori Park Hoon dengan Jae Hee . . kena tarik telinga


Tengah syok bercinta nak kawen bagai, tetiba Jae Hee kena tangkap oleh tentera Korea Utara. Kemudian, dorang jumpa balik tapi dalam keadaan Jae Hee koma dan perlu lakukan pembedahan. Nak bestkan citer, Park Hoon ni la yang kena lakukan pembedahan dan dia kena bunuh salah seorang daripada pesakit yang dipertanggungjawabkan iaitu ayah Jae Hee atau Jae Hee. 

Park Cheol 


Park Cheol ni sayang sangat dekat Pak Hoon dan dia tahu yang Park Hoon takkan tinggalkan dia. Jadi Park Cheol ni sanggup mati kena tembak sebab nak suruh Park Hoon lari dengan Jae Hee dan hidup bahagia. Park Cheol mati, tinggalkan wasiat kat Park Hoon ".. From now on please don't forget that you are a doctor .."

Park Hoon larikan diri dari Korea Utara dengan bantuan kawan Park Cheol.

Pendekkan citer ;

Di Korea Selatan, Park Hoon ni ada klinik sendiri dan dia sanggup buat macam - macam jenis kerja sambil - sambil merawat orang untuk kumpul duit bagi bawa Jae Hee ke Korea Selatan ( time ni Jae Hee kena tangkap dah ). Kira Park Hoon ni tak lupakan janji dia dengan Park Cheol. Sampaikan Park Hoon sanggup terima upah 50sen untuk bedah seorang pesakit yang tak dapat perhatian daripada pihak Myungwoo University Hospital. ( ada la sorang budak minta tolong ). 

Dia ada adik angkat Lee Chang Yi yang asyik panggil dia Hyung !

Bora memang comel hehehe

Di Myungwoo University Hospital ni Park Hoon berjumpa dengan 돌팔이 Dulpali doctor iaitu Oh Soo Hyun.

Dulpali @ Dr. Oh Soo Hyun


Oh Soo Hyun ni, doktor yang kuat belajar tapi still tak berapa nak mahir dalam bilik bedah. Sepanjang pekenalan dengan Park Hoon, banyak yang Dulpali ni belajar. Teknik - teknik pembedahan yang dia takkan dapat belajar dari dalam buku. Malah, Dulpali belajar erti seorang doktor yang sebenar daripada Park Hoon.

ok stop !

Off topic sikit . . . I like quack couple ni . . . Dulpali dengan Water Boy ( Park Hoon ) memang comel gila. Dari first meet sampai ke sudah. Memang tak habis bergaduh manja gitu.

bila Dulpali down dengan ayah dia, Water Boy sentiasa ada untuk menenangkan Dulpali.

First meet . . kena lempang . . auchh 

ark ! Water Boy cover dedua pipi supaya tak kena lempang tapi . . . haish 

Quack Couple story

Dulpali selalu kena usik dengan Water Boy

Dulpali belajar dengan Water Boy

Water Boy kena baling dengan besen !

Ok done !

On topic balik ye . . So, dekat Myungwoo University Hospital ni ada seorang doktor muda yang berbakat iaitu tunang Dulpali. Dr. Han. 

Han Jae Joon


Genius daripada Harvard University. Tujuan Dr. Han masuk Myungwoo Hospital sebab nak balas dendam sebenarnya tapi dia ni rasa tercabar dengan kehadiran Park Hoon kerana skill yang Park Hoon ada, dia takde dan Dulpali pula suka kat Park Hoon sampai sanggup reject dia.

Jeles la tu, sape suruh sombong taknak ajar Dulpali sebelum ni pastu asyik merendah - rendahkan Dulpali.

Alah ! stressnya muka . . Water Boy relax je pun . . hehe

Park Hoon mabok, terpelok Dulpali. Jeles la si Jae Hee . . 

Dulpali kena reject dengan Water Boy.

Dalam jahat Dr. Han ni sebenarnya dia cintakan Dulpali.

Endingnya . . . happy ending lah.


Tapi, aku tak happy ! Owh ! Kenapa la Dulpali dengan Water Boy tak bersatu ?! Hmm tak dinafikan sebenarnya drama ni lain daripada yang lain. Kalau daripada segi jalan cerita tentang bidang kedoktoran tu memang macam biasa, perfect la kot.

Perjalanan drama ni ( kisah cinta ) lebih kepada hubungan mesra Dulpali dan Water Boy sebenarnya. Malah, bila Dulpali kena reject ( pun turut rasa sakit juga la ) lebih terasa daripada Jae Hee punya penderitaan sebab agak serabut sikit dengan watak Jae Hee ni. Terlalu menderita. Dia terlalu protect Park Hoon sampaikan nampak hubungan Park Hoon dan Dulpali nampak happy couple.

Jadi, tak dinafikan la sampai ada Team Fans Quack Couple . . . hehehe . . . sampai aku pun sebenarnya mengharapkan Water Boy dan Dulpali bersama. Tapi, kejam la kan kalau Jae Hee dah protect Park Hoon kaw kaw tetiba Park Hoon bercinta dengan Dulpali. Biasanya, kalau betul. Mesti dorang matikan watak Jae Hee. Hehehe dasyat aku ni ! tahu dah jalan ceritanya. kalau la Jae Hee mati . . 

Panjangnya cerita kan ? Oit ! Tak baca sampai habis la tu !

Guenchanha ! 괜찮아 . . .

Aku faham . . kekadang susah nak habiskan membaca . . dah habis singkat aku buat pun tak boleh nak baca . .  hehehe gurau.

Gumawo ! 고마워 . . 





Credit : Pakcik Google Kacak 

| Tak sabar nak tunggu drama It's Okay, That's Love. Selain debut lakonan D.O EXO, lakonan Gong Hyo Jin lebih menarik perhatian aku |


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca

Bakat Terpendam

Aku ada bakat terpendam yang tak boleh nak dipendam - pendam lagi nih.

PELUPA

Ini pula adalah perkara - perkara yang kau jangan harap aku akan re-act bila kau tanya aku dan kau elak - elakkan la diri kau daripada bertanya pada aku soklan - soklan cepu-mas nih juga diminta bawa banyak - banyak istifar. Ingat Allah swt ye sayang :


  • Kau cerita kat aku A sampai Z apa yang kau nak cerita lepas tu kau tanya aku "betul tak Yuki ?" pastu aku akan jawab "betul la tu" TETAPI aku tak tahu apa yang betul dan tak. Erm .. Sorry 
  • Kemudian, kita pun rancak berbual. Bual punya bual, kau tanya aku "Macam yang kau cakap tadi la ..." aku pun jawab "a ... haa .." TETAPI aku tak tahu apa yang haaa sangat tu. Ops .. Sorry
  • Seterusnya kita pun berjumpa di superduper market dan kau pun tegur "oit, beli apa tu ?" aku tersenyum dan menjawab "macam biasa la, cari buah untuk berbuka puasa nanti.." dan kau pun berlalu pergi sambil aku masih lagi tersenyum. TETAPI siapa kau ?! (Padahal kita berkawan rapat. sangat rapat. Aku minta maaf, memang salah aku sebab lupa dan aku tak sengaja) Sorry
  • Sekali lagi, kau call aku dan aku sememangnya tak save number kau sebab kau takkan faham penyakit aku ni. Jadi, aku memang akan tanya ".. hahahaha .. Kau ni kelakar la, by the highway siapa kau ?" Hmm Sorry.
Banyak kalau nak aku detailkan tapi aku bukan seorang yang detail dan aku sendiri dah lupa nak tulis apa lagi. lagi. lagi dan lagi. Aku ... sorry ! hehehe tenkiu ye budak rajin membaca. HAI ! Aku Yuki. ^^

Sorry mean Not Sorry .. boleh ?? ^.^


aku suka membaca jadi aku menulis untuk membaca